jobs in BEKKI MOBILE

全职 Operation Manager 工作, 薪水 up to MYR 4,000, BEKKI MOBILE Kelantan 公司招聘中 - Ricebowl

分享
保存

工作地点

  • Kota Bharu Kelantan Malaysia

职位描述

岗位职责

Pengurus Operasi

Kami mencari Pengurus Operasi bertanggungjawab memantau, menyelaraskan, dan memastikan kelancaran operasi di kesemua 5 cawangan syarikat. Anda bertindak sebagai penghubung utama antara pihak Pengurusan Tertinggi (HQ) dan Pengurus Cawangan untuk memastikan prestasi jualan, standard perkhidmatan, kecekapan tenaga kerja, serta kawalan kos berjalan mengikut sasaran syarikat.

1. Penyeliaan & Pengurusan Cawangan (Branch Oversight)

  • Melawat 5 Cawangan secara berkala untuk memastikan operasi harian berjalan lancar mengikut Standard Operating Procedures (SOP) syarikat.
  • Bekerjasama rapat dengan Pengurus Cawangan bagi penetapan sasaran jualan (KPI jualan) bulanan dan tahunan dan memastikan pengurus cawangan melaporkan setiap laporan kepada pengurus operasi.
  • Memastikan setiap cawangan mengekalkan standard kebersihan, keselamatan, dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.
  • Mengenal pasti isu atau kelemahan operasi di setiap cawangan dan menyediakan penyelesaian dengan pantas.

2. Pengurusan Prestasi

  • Membimbing (mentoring/coaching) dan memberikan latihan kepada Pengurus Cawangan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan mereka.
  • Menjadi Ketua pengurus kepada pengurus-pengurus cawangan.

3. Pengurusan Inventori & Stok (Inventory & Stock Control)

  • Memastikan sistem kawalan stok dan inventori di kesemua 5 cawangan adalah tepat dan sentiasa dikemas kini.
  • Memantau dan mengurangkan risiko kehilangan stok (shrinkage/leakage) atau kerosakan barangan di cawangan.
  • Menyelaraskan pemindahan stok (stock transfer) antara cawangan mengikut keperluan jualan.

4. Kawalan Kos & Kewangan Operasi (Cost Control & Profitability)

  • Memastikan setiap cawangan beroperasi mengikut bajet operasi yang ditetapkan.
  • Mengawal kos operasi cawangan termasuk kos tenaga kerja, pembaziran stok, dan utiliti bagi mengoptimumkan keuntungan (profitability).
  • Menyemak laporan jualan harian/mingguan daripada Pengurus Cawangan sebelum diserahkan kepada HQ.

5. Pelaporan & Komunikasi HQ (Reporting & Strategy)

  • Menyediakan laporan bulanan mengenai prestasi jualan, operasi, dan cabaran di kesemua 5 cawangan kepada Pengurusan Tertinggi.
  • Mengajarkan dan memastikan polisi baru dari HQ difahami serta dilaksanakan dengan tepat di peringkat cawangan.
  • Mengadakan mesyuarat mingguan/bulanan bersama Pengurus-Pengurus Cawangan untuk perbincangan strategi dan penyelesaian masalah.

Kelayakan & Keperluan

  • Kelayakan: Diploma / Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Operasi, atau bidang berkaitan.
  • Pengalaman: Minimum 2–4tahun pengalaman dalam bidang operasi (Retail / F&B / Perkhidmatan), dengan sekurang-kurangnya 1 pengalaman menguruskan pelbagai cawangan (multi-store supervision) adalah suatu kelebihan.
  • Kemudahan: Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri (bersedia untuk travel/melawat 5 cawangan).
  • Kemahiran Kepimpinan: Tegas, mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, dan mampu menguruskan pelbagai personaliti Pengurus Cawangan.
  • Kemahiran Analitis & Komunikasi: Mahir membaca laporan jualan/KPI serta mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan (lisan dan bertulis).

Pay: RM3,500.00 - RM4,000.00 per month

Work Location: In person

重要安全守则

申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。

了解更多