jobs in PERSOL Workforce Solutions Malaysia Sdn Bhd

全职 Welder 工作, 薪水 up to MYR 3,500, PERSOL Workforce Solutions Malaysia Sarawak 公司招聘中 - Ricebowl

Welder jobs
MYR2,500 - MYR3,500 每月
最后机会申请此工作。
Posted a day ago • Closing 31 Mar 2027
最后机会申请此工作。
分享
保存

工作地点

  • Jalan Kuala Segan Bintulu Sarawak Malaysia 97000

职位描述

任职资格

Kami sedang mencari Juruteknik Pemasangan Mekanikalyang berpengalaman untuk menyokong kerja-kerja pemasangan, fabrikasi dan operasi peralatan di sebuah kemudahan tenaga boleh diperbaharui yang sedang berkembang pesat di Bintulu, Sarawak.

Ini merupakan peluang yang sangat baik bagi calon yang mempunyai pengalaman dalam sektor pembuatan, minyak & gas, fabrikasi, kejuruteraan berat, pembinaan kapal, penyelenggaraan industri atau operasi loji untuk membina kerjaya dalam industri yang semakin mendapat permintaan.

Maklumat Jawatan

Industri: Tenaga Boleh Diperbaharui (Sustainable Renewable Energy)
Lokasi: Jalan Kuala Segan, 97000 Bintulu, Sarawak
Tempoh Kontrak: 12 bulan bersama PERSOL (berpotensi disambung berdasarkan prestasi)
Mod Kerja: Bekerja di lokasi (On-Site)
Waktu Kerja: Sistem syif (2 syif), 6 hari seminggu

  • Syif 1: 7.00 pagi – 4.00 petang

  • Syif 2: 3.30 petang – 12.30 tengah malam

Gaji: RM2,300 – RM3,000 sebulan (bergantung kepada pengalaman dan kemahiran)
Caruman statutori (EPF, SOCSO & EIS)
Cuti tahunan dan cuti perubatan
Perlindungan perubatan

Kerja Lebih Masa (OT): Mengikut keperluan operasi dan kelulusan syarikat

Syarat Kelayakan;

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2, Sijil Teknikal, Sijil Vokasional atau kelayakan setaraf.

  • Minimum 3 tahun pengalaman dalam salah satu atau lebih bidang berikut:

  • Pembuatan (Manufacturing)

  • Pemasangan Mekanikal (Mechanical Assembly)

  • Bengkel Fabrikasi

  • Operasi Loji

  • Penyelenggaraan Industri

  • Kejuruteraan Berat

  • Berpengalaman menggunakan peralatan tangan dan peralatan kuasa (power tools).

  • Mampu membaca lukisan teknikal asas dan membuat ukuran dengan tepat.

  • Mempunyai kemahiran asas komunikasi dalam Bahasa Inggeris bagi memahami arahan kerja dan prosedur keselamatan.

  • Bersedia bekerja mengikut sistem syif dan memenuhi keperluan operasi.

Kelebihan Tambahan

  • Pengalaman dalam kerja kimpalan (MIG, TIG, Arc Welding atau FCAW).

  • Pengalaman dalam kerja fabrikasi dan pemasangan (fitting).

  • Berpengalaman dalam industri Minyak & Gas, Tenaga, Penjanaan Kuasa, Limbungan Kapal atau Pembuatan Berat.

  • Mempunyai pengetahuan mengenai piawaian keselamatan dan sistem Permit-To-Work (PTW).

Calon Dari Industri Berikut Digalakkan Memohon

  • Fabrikasi Keluli

  • Pembinaan Kapal / Limbungan Kapal

  • Minyak & Gas

  • Pembuatan (Manufacturing)

  • Kejuruteraan Berat

  • Penyelenggaraan Industri

  • Loji Janakuasa

  • Kilang Kelapa Sawit

  • Pembinaan dan Bengkel Mekanikal

岗位职责

  • Melaksanakan pemasangan komponen, peralatan dan sistem mekanikal berdasarkan lukisan serta spesifikasi teknikal.

  • Menjalankan kerja-kerja pemasangan, penjajaran, penggerudian, pengisaran, pemotongan dan penyediaan bahan.

  • Melakukan pemeriksaan kualiti bagi memastikan hasil kerja mematuhi keperluan kejuruteraan.

  • Membaca dan mentafsir lukisan teknikal, prosedur kerja dan arahan operasi.

  • Membantu dalam aktiviti kimpalan, fabrikasi, pemasangan bolt, rivet dan pemasangan mekanikal mengikut kelayakan dan kemahiran.

  • Memantau keadaan peralatan serta melaporkan sebarang kerosakan, isu keselamatan atau masalah operasi.

  • Membantu dalam aktiviti penyelenggaraan berkala, penyelesaian masalah (troubleshooting) dan operasi loji.

  • Menyimpan rekod kerja dan dokumentasi dengan tepat.

  • Mematuhi prosedur keselamatan, penggunaan PPE dan peraturan alam sekitar yang ditetapkan.

好处

  • EPF
  • SOCSO
  • Annual Leave
  • Medical and Hospitalisation Leave
  • Medical Insurance
  • Overtime Pay
  • EIS

重要安全守则

申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。

了解更多