Skop Tugas & Tanggungjawab
- Mengurus dan memantau keseluruhan operasi semua outlet bagi memastikan setiap cawangan berjalan lancar, teratur dan mengikut standard yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
- Memastikan semua outlet mematuhi SOP syarikat, termasuk SOP operasi, kebersihan, keselamatan makanan, penyediaan makanan, perkhidmatan pelanggan dan pengurusan outlet.
- Memantau prestasi setiap outlet dari segi jualan, produktiviti, kos operasi, kualiti makanan, perkhidmatan pelanggan dan pencapaian sasaran yang ditetapkan.
- Menyelia dan mengurus Outlet Supervisor di setiap cawangan serta memastikan tugasan dan tanggungjawab mereka dilaksanakan dengan baik.
- Memberi bimbingan, latihan dan coaching kepada Outlet Supervisor dan pekerja bagi meningkatkan prestasi, disiplin, produktiviti dan kualiti perkhidmatan.
- Memantau keperluan tenaga kerja setiap outlet, termasuk jadual kerja, kehadiran, kekurangan pekerja dan penempatan tenaga kerja mengikut keperluan operasi.
- Memantau pengurusan stok semua outlet, termasuk tahap stok, penggunaan bahan mentah, pembaziran, stok rosak/luput serta memastikan pesanan dibuat pada masa yang sesuai.
- Memantau kawalan kos dan pembaziran di semua outlet bagi memastikan operasi berjalan secara efisien dan menguntungkan.
- Memantau jualan harian dan prestasi setiap outlet, mengenal pasti outlet yang tidak mencapai sasaran serta mengambil tindakan penambahbaikan yang bersesuaian.
- Menganalisis prestasi outlet berdasarkan laporan jualan, kos, stok, kehadiran pekerja, aduan pelanggan dan KPI yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
- Memastikan pengurusan wang tunai dan rekod jualan di setiap outlet dilakukan dengan tepat serta mengikut prosedur syarikat.
- Memantau dan menyelesaikan isu serta aduan pelanggan yang berlaku di outlet dan memastikan tindakan susulan dibuat dengan cepat dan profesional.
- Menjalankan lawatan dan pemeriksaan berkala ke semua outlet bagi memastikan standard operasi, kebersihan, kualiti makanan, layanan pelanggan dan disiplin pekerja sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan.
- Mengenal pasti masalah operasi di setiap outlet serta mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan bagi mengelakkan masalah berulang.
- Menyediakan laporan prestasi keseluruhan outlet kepada HQ secara harian, mingguan dan/atau bulanan mengikut keperluan pihak pengurusan.
- Menyediakan cadangan penambahbaikan kepada HQ berkaitan operasi, tenaga kerja, jualan, kos, stok, produk, promosi dan prestasi outlet.
- Menjadi penghubung utama antara HQ dan semua outlet, serta memastikan segala arahan, polisi, promosi dan keputusan pihak pengurusan disampaikan dan dilaksanakan dengan betul di setiap cawangan.
- Memastikan pelaksanaan promosi, kempen dan aktiviti syarikat di semua outlet mengikut arahan dan tempoh yang ditetapkan oleh HQ.
- Memastikan standard produk dan perkhidmatan adalah konsisten di semua outlet bagi menjaga imej dan reputasi syarikat.
- Membantu pihak pengurusan dalam perancangan pembukaan outlet baharu, termasuk persediaan operasi, tenaga kerja, stok, latihan dan SOP apabila diperlukan.
- Mengambil tindakan terhadap isu disiplin dan prestasi pekerja mengikut polisi syarikat serta membuat laporan kepada pihak pengurusan/HQ jika diperlukan.
- Melaksanakan audit/pemeriksaan operasi secara berkala dan memastikan tindakan pembetulan diambil oleh outlet dalam tempoh yang ditetapkan.
- Memastikan semua outlet mencapai KPI yang ditetapkan oleh pihak pengurusan, serta mengambil tindakan segera sekiranya terdapat penurunan prestasi.
- Melaksanakan tugasan lain yang berkaitan dengan operasi outlet seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan/HQ dari semasa ke semasa.
KPI Utama Outlet Manager
- Pencapaian sasaran jualan setiap outlet.
- Peningkatan prestasi dan keuntungan outlet.
- Kawalan kos dan pengurangan pembaziran.
- Pematuhan SOP dan standard operasi.
- Kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan.
- Kawalan stok dan ketepatan inventori.
- Disiplin, produktiviti dan prestasi pekerja.
- Ketepatan laporan jualan dan kewangan.
- Penyelesaian aduan dan masalah operasi.
- Konsistensi standard antara semua outlet.
- Keberkesanan penyeliaan Outlet Supervisor.
- Pelaksanaan arahan dan polisi HQ di semua outlet.
Pay: RM2,000.00 - RM3,500.00 per month
Benefits:
- Opportunities for promotion
Work Location: In person