Kami sedang mencari calon yang bertanggungjawab, teliti dan mempunyai kemahiran pengurusan dokumen serta pentadbiran pejabat untuk mengisi jawatan Assistant Account cum Admin.
Calon yang berjaya akan bertanggungjawab menguruskan resit, tuntutan (claim), dokumentasi kewangan asas serta membantu memastikan kelancaran operasi harian pejabat.
Skop Tugas dan Tanggungjawab
A. Pengurusan Akaun & Tuntutan (Account & Claims)
- Mengurus, menyemak dan menyusun resit perbelanjaan syarikat.
- Mengurus tuntutan (claim) kakitangan serta memastikan dokumen sokongan lengkap.
- Menyediakan dan menyelenggara rekod tuntutan
- Membantu menyediakan dokumen berkaitan EA pekerja dan percukaian.
- Memastikan semua dokumen kewangan disimpan dengan teratur untuk tujuan audit dan rujukan.
B. Pentadbiran Pejabat (Administration)
- Mengurus tugasan pentadbiran harian pejabat.
- Memastikan operasi harian pejabat berjalan dengan lancar dan teratur.
- Mengurus fail, rekod, surat-menyurat dan dokumentasi syarikat.
- Memantau keperluan alat tulis dan bekalan pejabat.
- Membantu mengurus urusan pembelian dan keperluan operasi pejabat.
- Melaksanakan tugasan pentadbiran lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan & Kemahiran
- Minimum SPM / Diploma dalam bidang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang akaun atau pentadbiran adalah satu kelebihan.
- Mahir menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft Office.
- Mempunyai kemahiran menyusun dokumen dan pengurusan rekod yang baik.
- Teliti, sistematik, amanah dan bertanggungjawab.
- Mampu bekerja secara individu dan berkumpulan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan pengurusan masa yang baik.
Pay: RM1,700.00 - RM2,200.00 per month
Benefits:
- Flexible schedule
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person