Deskripsi Kerja
Arhayu Engineering Sdn Bhd sedang mencari calon yang bertanggungjawab dan komited untuk menyertai pasukan kami sebagai Wireman PW4. Calon akan terlibat dalam kerja pemasangan, pendawaian, penyelenggaraan, pemeriksaan dan pembaikan sistem elektrik bagi projek-projek syarikat.
Tanggungjawab:
- Melaksanakan kerja pemasangan dan pendawaian elektrik.
- Menjalankan kerja penyelenggaraan dan pembaikan sistem elektrik.
- Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah (troubleshooting) berkaitan pendawaian dan peralatan elektrik.
- Membuat pemeriksaan dan ujian bagi memastikan pemasangan elektrik berfungsi dengan baik dan selamat.
- Membantu pemasangan papan suis (switchboard), kabel, lampu dan peralatan elektrik mengikut keperluan projek.
- Memastikan semua kerja elektrik mematuhi peraturan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan prosedur keselamatan.
- Membantu pasukan dalam pelaksanaan kerja-kerja projek di tapak.
- Memastikan kerja disiapkan mengikut jadual dan arahan yang diberikan.
- Bersedia menjalankan kerja fizikal di tapak projek, bekerja OT dan luar kawasan apabila diperlukan.
Kelayakan:
- Mempunyai Sijil Kompetensi Wireman PW4 yang sah daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).
- Mempunyai pengalaman dalam kerja pemasangan dan pendawaian elektrik adalah satu kelebihan.
- Mempunyai kemahiran troubleshooting dan penyelenggaraan elektrik.
- Boleh bekerja secara berdikari dan dalam pasukan.
- Bertanggungjawab, berdisiplin dan komited terhadap kerja.
- Mempunyai lesen memandu Kelas D (manual) yang sah.
Pay: RM2,000.00 - RM2,700.00 per month
Work Location: On the road