jobs in TBG INTERNATIONAL ACADEMY SDN BHD

全职 Supervisor Taska (Wanita Sahaja) 工作, 薪水, TBG INTERNATIONAL ACADEMY SDN BHD Kedah 公司招聘中 - Ricebowl

分享
保存

工作地点

  • Kulim Kedah Malaysia

职位描述

岗位职责

1. Pengurusan Operasi Harian

  • Mengawasi dan memastikan kelancaran operasi harian taska.
  • Menyediakan jadual tugas harian untuk pengasuh dan kakitangan taska.
  • Memastikan semua aktiviti di taska berjalan mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

2. Pemantauan dan Penjagaan Kanak-Kanak:

  • Mengawasi keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di taska.
  • Memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan yang berkualiti dan mengikut standard yang ditetapkan.
  • Menyediakan program pembelajaran awal yang sesuai dengan umur dan keperluan perkembangan kanak-kanak.

3. Pengurusan Kakitangan:

  • Mengawasi prestasi kerja kakitangan taska, termasuk pengasuh dan pekerja sokongan.
  • Memberikan latihan dan bimbingan kepada kakitangan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam penjagaan kanak-kanak.
  • Mengadakan mesyuarat berkala dengan kakitangan untuk membincangkan sebarang isu atau penambahbaikan yang perlu.
  • Memantau RPA dan Daily report yang disediakan oleh guru taska setiap minggu.

4. Komunikasi dengan Ibu Bapa/Penjaga:

  • Berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga mengenai perkembangan, kesejahteraan, dan keperluan kanak-kanak.
  • Menangani sebarang aduan atau kebimbangan yang disuarakan oleh ibu bapa atau penjaga.
  • Menyediakan laporan perkembangan kanak-kanak secara berkala kepada ibu bapa.
  • Memantau laporan perkembangan yang disediakan oleh guru taska

5. Pemantauan Keselamatan dan Kebersihan:

  • Memastikan kebersihan dan keselamatan di kawasan taska sentiasa terjaga.
  • Mengawasi penggunaan peralatan dan kemudahan di taska bagi memastikan ianya selamat untuk digunakan.
  • Memastikan semua peralatan dan mainan kanak-kanak berada dalam keadaan baik dan sesuai digunakan.

6. Perancangan dan Pelaksanaan Program:

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran dan perkembangan untuk kanak-kanak, termasuk aktiviti fizikal, kreatif, dan pendidikan.
  • Menyusun program harian dan mingguan yang seimbang, merangkumi aspek pembelajaran, bermain, dan rehat.

7. Pengurusan Rekod dan Dokumentasi:

  • Menyimpan dan mengemaskini rekod kanak-kanak termasuk maklumat peribadi, kehadiran, perkembangan, dan kesihatan.
  • Menguruskan rekod kakitangan dan memastikan dokumentasi berkaitan peraturan dan garis panduan taska diselenggara dengan baik.

8. Pematuhan Undang-Undang dan Garis Panduan:

  • Memastikan taska mematuhi semua undang-undang, peraturan, dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
  • Memaklumkan kepada Admin tarikh tamat tempoh lesen dan kelulusan taska.

9. Penyelesaian Masalah:

  • Menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di taska, sama ada berkaitan kanak-kanak, kakitangan, atau ibu bapa.
  • Mengambil tindakan yang sesuai dalam situasi kecemasan atau apabila berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

10. Lain-lain Tugas:

  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan tertinggi yang berkaitan dengan operasi dan pengurusan taska.

Job Types: Full-time, Permanent

Pay: RM8.72 - RM1,700.00 per hour

Benefits:

  • Maternity leave
  • Opportunities for promotion

Experience:

  • Guru taska: 1 year (Required)

License/Certification:

  • PERMATA CERTIFICATE (Required)
  • EARLY CHILDHOOD EDUCATION CERTIFICATE (Required)

Work Location: In person

重要安全守则

申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。

了解更多