jobs in GLOBALLAB ENGINEERING SDN BHD

全职 MEKANIK 工作, 薪水 up to MYR 1,900, GLOBALLAB ENGINEERING SDN BHD Pahang 公司招聘中 - Ricebowl

MEKANIK

GLOBALLAB ENGINEERING SDN BHD

分享
保存

工作地点

  • Pahang Malaysia

职位描述

岗位职责

SKOP TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Penyelenggaraan dan Pembaikan Kenderaan

  • Melaksanakan pemeriksaan, penyelenggaraan berkala dan pembaikan kenderaan syarikat.
  • Mengenal pasti kerosakan enjin, sistem mekanikal dan komponen kenderaan.
  • Menjalankan kerja penukaran minyak enjin, penapis, alat ganti dan komponen berkaitan.
  • Memeriksa keadaan tayar, brek, bateri dan sistem kenderaan yang berkaitan.
  • Melaporkan kerosakan yang memerlukan pembaikan lanjut atau khidmat pakar.

2. Penyelenggaraan dan Pembaikan Mesin Penyiasatan Tapak

  • Melaksanakan pemeriksaan dan penyelenggaraan mesin penyiasatan tapak serta peralatan berkaitan.
  • Mengenal pasti kerosakan mekanikal pada mesin dan komponennya.
  • Menjalankan kerja pembaikan dan penggantian alat ganti mengikut keperluan.
  • Memastikan mesin berada dalam keadaan baik, selamat dan bersedia untuk digunakan di tapak projek.
  • Membantu menyediakan mesin dan peralatan sebelum penghantaran ke tapak serta memeriksanya selepas digunakan.
  • Melaporkan kerosakan yang memerlukan pembaikan khusus atau penggantian komponen.

3. Pengurusan Alat Ganti dan Peralatan Bengkel

  • Mengenal pasti keperluan alat ganti dan bahan penyelenggaraan.
  • Memaklumkan kepada penyelia tentang keperluan pembelian alat ganti sebelum sebarang pembelian dibuat.
  • Memastikan penggunaan alat ganti direkodkan dengan teratur.
  • Menjaga peralatan bengkel dan memastikan ia disimpan dengan baik selepas digunakan.

4. Rekod dan Keselamatan Kerja

  • Merekod kerja pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan yang telah dilaksanakan.
  • Memaklumkan status kerosakan dan kemajuan kerja kepada penyelia.
  • Memastikan kawasan kerja sentiasa bersih, kemas dan selamat.
  • Mematuhi prosedur keselamatan semasa menjalankan kerja pembaikan dan penyelenggaraan.

KELAYAKAN DAN KRITERIA CALON

  • Minimum SPM atau sijil kemahiran dalam bidang mekanikal, automotif atau bidang berkaitan merupakan satu kelebihan.
  • Mempunyai pengalaman membaiki kenderaan, mesin atau peralatan mekanikal.
  • Mempunyai pengetahuan asas tentang enjin, sistem mekanikal dan penggunaan peralatan bengkel.
  • Berkemahiran mengenal pasti kerosakan dan melaksanakan kerja pembaikan.
  • Rajin, teliti, amanah dan bertanggungjawab.
  • Mampu bekerja secara berdikari serta bekerjasama dengan pasukan. Bersedia melakukan kerja fizikal dan mematuhi prosedur keselamatan.

Pay: RM1,700.00 - RM1,900.00 per month

Work Location: In person

重要安全守则

申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。

了解更多