Operator Pengeluaran
Kami mencari individu yang berdedikasi, teliti, dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan pengeluaran kami di kilang lubricants.
Tanggungjawab Utama:
- Mengendalikan dan memantau mesin atau peralatan pengeluaran mengikut prosedur syarikat.
- Memastikan proses pengeluaran berjalan lancar dan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan.
- Membuat persediaan asas dan pelarasan mesin jika diperlukan.
- Memeriksa produk untuk memastikan ia memenuhi spesifikasi dan melaporkan sebarang kecacatan kepada penyelia.
- Menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan kerja mengikut standard 5S.
- Mematuhi semua polisi keselamatan (HSE), penggunaan PPE yang betul, dan garis panduan operasi syarikat.
- Merekod data pengeluaran dan melaporkan sebarang masalah mesin kepada penyelia.
- Membantu dalam penyelenggaraan asas dan penyelesaian masalah mesin apabila diperlukan.
- Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh penyelia atau pihak pengurusan.
Syarat Kelayakan:
- Minimum SPM / STPM / Sijil Vokasional
- Pengalaman dalam industri pembuatan adalah kelebihan
- Teliti, rajin, dan boleh bekerja dalam pasukan
- Fresh graduate digalakkan memohon
Faedah:
- Elaun perubatan
- Elaun Kedatangan
- Bonus prestasi
- Aktiviti Sukan Bulanan
- Peluang kenaikan pangkat
Pay: RM1,750.00 - RM2,500.00 per month
Work Location: In person