Skop Tugas dan Tanggungjawab:
- Mengurus dan merekod dokumen kewangan seperti invois, resit, bil dan baucar bayaran.
- Melaksanakan kemasukan data transaksi kewangan ke dalam sistem perakaunan.
- Menyediakan dan mengurus dokumen pembayaran seperti Purchase Order (PO) dan Payment Voucher (PV).
- Mengurus rekod pembayaran pelanggan (Account Receivable) dan pembekal (Account Payable).
- Mengemaskini rekod penerimaan dan pembayaran wang syarikat.
- Mengurus dan merekod transaksi petty cash serta tuntutan perbelanjaan.
- Melaksanakan proses Bank Reconciliation berdasarkan penyata bank dan rekod transaksi syarikat.
- Mengenal pasti dan membuat semakan terhadap perbezaan atau ketidakpadanan transaksi bank.
- Memastikan semua dokumen dan rekod kewangan dikemaskini serta difailkan dengan teratur.
- Membantu menyediakan dokumen sokongan untuk tujuan audit dan semakan kewangan.
- Membuat follow-up dengan jabatan berkaitan bagi mendapatkan dokumen atau maklumat kewangan yang diperlukan.
- Melaksanakan tugasan lain berkaitan akaun dan pentadbiran seperti diarahkan oleh pihak atasan.
Kelayakan & Keperluan
- Memiliki Diploma/Ijazah dalam bidang Pentadbiran, Pentadbiran Perniagaan, Perakaunan atau bidang berkaitan.
- Calon yang mempunyai latar belakang dalam bidang perakaunan adalah diutamakan.
- Mempunyai pemahaman asas mengenai prinsip perakaunan dan dokumentasi kewangan.
- Pengalaman bekerja dalam bidang pentadbiran merupakan satu kelebihan.
- Mahir menggunakan Microsoft Office, terutamanya Microsoft Excel dan Word.
- Mempunyai kemahiran menggunakan sistem SQL.
- Mempunyai pengetahuan menggunakan Google Sheets merupakan satu kelebihan.
- Mampu mengendalikan data dengan tepat, teliti dan sistematik.
Pay: From RM1,800.00 per month
Work Location: In person