ONLINE SALES / LIVE HOST
Industri: Barang Kemas Emas
Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa
Jadual Kerja: 9.30AM-6.00PM
Gaji: RM1,800 + Elaun + Bonus + Komisen
Anda yakin di hadapan kamera, meminati media sosial dan berkebolehan menarik perhatian penonton melalui siaran langsung?
Kami sedang mencari calon yang bersemangat, kreatif untuk menyertai pasukan kami sebagai Live Host dalam industri barang kemas emas.
Calon yang berjaya akan bertanggungjawab mengendalikan siaran langsung, menghasilkan video pendek yang menarik serta merancang kandungan media sosial bagi meningkatkan kesedaran jenama, interaksi penonton dan promosi produk melalui platform TikTok, Instagram dan Facebook.
Tanggungjawab Utama
- Mengendalikan siaran langsung di TikTok untuk memperkenalkan serta mempromosikan produk barang kemas emas.
- Berinteraksi dengan penonton secara langsung, menjawab komen dan pertanyaan produk mengikut SOP standard.
- Mempelajari dan memahami ciri-ciri, reka bentuk serta kelebihan produk barang kemas yang ditawarkan.
- Merancang, merakam dan menghasilkan kandungan video pendek yang menarik dalam format TikTok.
- Merancang dan melaksanakan strategi kandungan media sosial bagi meningkatkan kesedaran jenama serta interaksi dengan penonton.
- Mengurus komunikasi di media sosial dan menjawab pertanyaan pelanggan secara profesional.
- Mengendalikan situasi yang tidak dijangka semasa siaran langsung dengan tenang dan sewajarnya.
- Bekerja secara berdikari serta bekerjasama dengan pasukan untuk mencapai objektif pemasaran syarikat.
Syarat Kelayakan
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 0–1 tahun dalam penghasilan kandungan video.
- Mempunyai pengalaman mengendalikan siaran langsung, terutamanya bagi tujuan promosi produk atau jualan secara langsung, adalah diutamakan.
- Berpengalaman mengurus platform media sosial.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik serta mampu berinteraksi secara semula jadi dan yakin dengan penonton dalam talian.
- Mampu berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia.
- Kreatif, proaktif, bertanggungjawab dan cepat mempelajari perkara baharu.
- Mampu bekerja secara berdikari dengan pengawasan minimum serta bekerjasama dalam pasukan.
- Berpersonaliti menarik (subjektif) dan yakin berada di hadapan kamera.
Faedah dan Manfaat
- Peluang perkembangan kerjaya.
- Latihan dan pembangunan profesional.
- Peluang kenaikan gaji asas.
- Bonus berdasarkan prestasi kerja.
- Komisyen yang berbaloi-baloi.
- Kemudahan cuti tambahan.
- Pengaturan kerja yang fleksibel, tertakluk kepada keperluan syarikat.
- Penginapan asrama disediakan tertakluk kepada keputusan syarikat.
Berminat untuk Menyertai Kami?
Jika anda orang yang kami cari, kami mengalu-alukan permohonan anda!
Mohon sekarang!
Hantarkan resume terkini anda!!!
Jom sertai pasukan kami dan kembangkan bakat anda dalam industri barang kemas emas!
Pay: RM1,800.00 - RM3,200.00 per month
Work Location: In person