- Kota Bharu Kelantan Malaysia
工作地点
职位描述
岗位职责
Peluang Kerjaya: Pencipta Kandungan & Jualan (Content Creator & Sales)
Lokasi: Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan
Pusat Tuisyen Satelit & Klinik Membaca, sebuah institusi pendidikan yang berdedikasi tinggi, kini mencari individu yang kreatif, proaktif, dan berkeyakinan tinggi untuk menyertai pasukan kami bagi jawatan Content Creator & Sales. Jika anda meminati dunia media sosial, mahir menghasilkan kandungan kreatif, dan bersemangat dalam bidang jualan. Anda yang kami cari!
Kelayakan & Kemahiran:
Kelayakan: Kelulusan Diploma / Ijazah dalam bidang Komunikasi, Media Kreatif, Pemasaran, atau bidang berkaitan.
Media Sosial & Suntingan: Mahir menggunakan aplikasi penyuntingan video & grafik di telefon pintar/PC (contoh: CapCut, Canva, InShot).
Keyakinan Diri: Berkeyakinan beraksi di hadapan kamera, berwatak mesra, dan mempunyai kemahiran communication/public speaking yang baik.
Komunikasi & Sales: Mahir berkomunikasi secara mesra menerusi penulisan (WhatsApp/DM) untuk menerangkan pakej dan melakukan closing sales.
Penguasaan Komputer: Mahir menggunakan Microsoft Office (Word, Excel) & Google Workspace untuk pengurusan data pelajar.
Sikap: Berdisiplin, target-driven, kreatif, dan serasi bekerja secara berpasukan.
Tanggungjawab Utama:
Penghasilan Kandungan (Content Creation):
Merancang content calendar dan menghasilkan video pendek (TikTok, IG Reels, Facebook, Shorts) serta status harian WhatsApp.
Merakam aktiviti pembelajaran guru & pelajar, testimoni ibu bapa, serta liputan program khas pusat tuisyen.
Menghasilkan sekurang-kurangnya 3 video seminggu untuk semakan & kelulusan pihak pengurusan.
Rekabentuk Grafik (Design):
Mereka bentuk poster promosi, flyers, dan bahan promosi digital bagi kelas tuisyen dan Klinik Membaca.
Jualan & Penukaran Prospek (Closing Sales):
Membalas mesej/pertanyaan ibu bapa di WhatsApp/sosial media dengan pantas dan mesra.
Menerangkan pakej pembelajaran, mengendalikan pelanggan walk-in, serta membuat follow-up bersistem untuk mencapai sasaran pendaftaran pelajar baharu.
Pentadbiran Pendaftaran & Data:
Menguruskan pendaftaran pelajar baharu, mengemaskini rekod data pelajar, serta menguruskan penerimaan yuran pendaftaran pertama.
Kelebihan & Pakej Ganjaran:
Gaji Asas + Komisen: Gaji Asas RM1,500 (Percubaan 6 Bulan) RM1,700 (Apabila Disahkan Jawatan Tetap) + Bonus KPI.
Sumbangan Berkanun: Caruman PERKESO, SIP & KWSP (bagi jawatan tetap).
Persekitaran kerja yang mesra, kreatif, dan inovatif.
Latihan serta bimbingan berterusan disediakan.
Cara Memohon:
Jika anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan, sila hantar Resume, Dokumen Sokongan, serta Portfolio/Contoh Video/Grafik yang pernah anda hasilkan ke:
Email: *************
Sertai kami di Pusat Tuisyen Satelit dan bersama-sama kami mencorak masa depan pelajar menerusi pendidikan yang berkualiti!
Pay: RM1,700.00 - RM2,500.00 per month
Work Location: In person
重要安全守则
申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。