Tanggungjawab dan Skop Kerja
- Melaksanakan kerja-kerja membaiki badan kenderaan, termasuk mengetuk, meluruskan dan membaiki panel kenderaan yang rosak.
- Menjalankan kerja penyediaan permukaan kenderaan seperti menggosok, mengamplas, menampal dan meratakan permukaan sebelum proses mengecat.
- Melaksanakan kerja-kerja mengecat kenderaan, memadankan warna cat dan memastikan kemasan cat mengikut standard yang ditetapkan.
- Membantu kerja membuka dan memasang semula komponen kenderaan bagi tujuan pembaikan.
- Memeriksa hasil kerja pembaikan badan dan cat bagi memastikan kualiti kerja memenuhi standard syarikat.
- Menggunakan dan menjaga peralatan, mesin serta bahan kerja bengkel dengan betul.
- Memastikan kawasan bengkel sentiasa bersih, kemas dan teratur.
- Mematuhi prosedur keselamatan pekerjaan serta menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang bersesuaian.
- Bekerjasama dengan pekerja bengkel lain bagi memastikan kerja pembaikan disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Pengurusan atau Ketua Operasi dari semasa ke semasa.
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Work Location: In person