Syarikat Tong Bee
<50 Employees · General / Wholesale Trading
<10
Followers
Syarikat Tong Bee 简介
Laman ini kami sediakan khusus untuk memperkenalkan dan memperluaskan perniagaan kami. Memandangkan sekarang adalah zaman teknologi tinggi, kami menggunakan inisiatif ini agar pelanggan-pelangggan di luar sana dapat mengenali dan mengetahui tentang syarikat kami dengan hanya menggunakan hujung jari.
Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 1930 di Gerik, Perak dengan hanya berniaga barang-barang harian dan kain-kain. Perniagaan ini adalah perniagaan warisan turun temurun sejak zaman berzaman dahulu lagi. Ditubuhkan pada tahun 1930 dan diberi nama Syarikat Tong Ghee Bee dan ditukarkan kepada Syarikat Tong Bee pada tahun 1942. Pada permulaan perniagaan Syarikat Tong Bee hanya menjual barangan kegunaan harian sahaja,
kemudian sejak berkembang selama beberapa tahun dan kini terus maju dalam mengendalikan perniagaan membekal keperluan alat tulis, perabut, mesin pejabat, peralatan elektrik, alat bantuan mengajar, tekstil, cenderamata, bahan pembungkusan, bekas peralatan, pakaian sukan, alat muzik, barang kegunaan harian, kasut, hardware, barang permainan, peralatan pencuci & pembersihan, alat memancing, pakaian seragam, buku rujukan & buku latihan, toner, inkjet, ribbon, dan juga barangan IT (perkomputeran).
Syarikat Tong Bee 相册
Syarikat Tong Bee 公司信息
有问题想问这家公司?让雇主来回答吧!
Syarikat Tong Bee 地址
201, Jalan Taming Sari, Taiping, Perak, Malaysia