PPAB-272011
Employees · Social Services / NGO
PPAB-272011 简介
Yayasan Ikram Malaysia telah diluluskan pendaftarannya di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dan dilancarkan pada 17 November 2018 di Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya. Yayasan ini ditubuhkan untuk memberi tumpuan dalam aspek agama, pendidikan, sosial, kebajikan/khairat dan pembangunan lestari rakyat Malaysia.
Yayasan Ikram Malaysia yang lebih dikenali oleh masyarakat Malaysia sebagai i-Bantu senantiasa peka dan prihatin kepada golongan kurang mampu dan memerlukan di seluruh negara. Atas rasa keprihatinan ini, maka saban tahun akan digerakan kempen demi kempen bagi mengumpulkan dana untuk membantu kumpulan sasar ini.
Bantuan yang diberikan bukan saja berbentuk sumbangan kewangan, malah projek dan pembangunan sosioekonomi seperti pendidikan dan peningkatan taraf hidup.
Sasaran Yayasan Ikram Malaysia ialah membantu golongan miskin berkeperluan, orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal, anak yatim, mangsa bencana dan sebagainya.
PPAB-272011 相册
PPAB-272011 公司信息
公司名称
PPAB-272011
公司类型
-
公司规模
领域
Social Services / NGO
公司SSM号码
-
就业机会
0