

Majlis Perbandaran Pengerang
21-100 Employees · Government / Defence
Majlis Perbandaran Pengerang 简介
Majlis Perbandaran Pengerang merupakan sebuah PBT baharu yang ditubuhkan khusus untuk mentadbir urus Pengerang yang sedang rancak membangun, menerusi projek mega hab petroleum dan gas - Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC).
Majlis Perbandaran Pengerang diwujudkan bagi memberikan perkhidmatan berorientasikan pelanggan, mesra pelabur dan mengutamakan masyarakat setempat. Bagi mencapai aspirasi dan wawasan ini, Majlis Perbandaran Pengerang komited dalam memastikan perkhidmatan yang profesional, berwibawa dan efisien.
Kawasan Majlis Perbandaran Pengerang seluas 128,830 hektar dan merangkumi lima (5) mukim iaitu Mukim Pengerang, Mukim Tanjung Surat, Mukim Johor Lama, Mukim Pantai Timur dan Mukim Sedili Kecil. Dengan sokongan dan kepercayaan yang diberikan, semoga kewibawaan serta profesionalisme Majlis Perbandaran Pengerang di tahap yang terbaik. Begitu juga dalam meningkatkan kecekapan dan kepantasan sistem perkomputeran serta tadbir urusnya yang amat dituntut oleh pembayar cukai.
Majlis Perbandaran Pengerang juga berharap Pengerang menjadi sebuah Bandar Bestari dan Lestari di bawah 'flagship' Program Pengerang Pintar (Smart Pengerang), Inisiatif Hijau dan Bandar Karbon Rendah (Low Carbon City). Usaha ini merangkumi penyediaan infrastruktur terkini, tadbir urus cekap dan teknologi pintar dalam penyediaan blue print pembangunan masa depannya.
Majlis Perbandaran Pengerang 公司信息
公司名称
Majlis Perbandaran Pengerang
公司类型
Government
公司规模
21-100
领域
Government / Defence
公司SSM号码
-
就业机会
0