
Kowamas Sabah
Employees · Other industries ·
Kowamas Sabah 简介
KOWAMAS (Koperasi Wawasan Malaysia Berhad) adalah sebuah koperasi berdaftar dibawah Akta Koperasi 1993 pada tahun 1998. Dahulunya dikenali sebagai Koperasi Lepan Kabu Berhad dengan penglibatan awal koperasi dimasa itu adalah berkisar dalam perniagaan retail di Kuala Krai dan Kota Bharu, Kelantan.
Pada penghujung 2007, Ahli Lembaga Kowamas baru telah dilantik untuk mengemudi jawatan-jawatan penting di dalam koperasi. Di bawah pengurusan Lembaga yang baru, koperasi telah berjaya membentuk arahtuju dalam mengembangkan dan memperbagaikan perniagaannya sejajar dengan objektif untuk pembangunan status ekonomi ahli-ahli disamping membantu Kerajaan mencapai visi dan misi kepada masyarakat Malaysia yang makmur dan majujaya.
Kowamas adalah nama komersial yang terbaru dalam pasaran, selaras dengan arahtuju operasi dan kepentingan perniagaannya telah mencapai persetujuan dengan sebuah institusi kewangan yang terbesar di Malaysia untuk mengujudkan skim pinjaman peribadi kepada ahli-ahlinya dan telah juga mengenalpasti beberapa lokasi yang stratejik untuk pembangunan hartanah.
Disamping itu, Kowamas juga sedang di dalam peringkat rundingan terakhir untuk menceburi sektor pengangkutan, perladangan dan retail.
Kowamas Sabah 相册
Kowamas Sabah 公司信息
公司名称
Kowamas Sabah
公司类型
-
公司规模
领域
Other industries
公司SSM号码
-
就业机会
0