返回
Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad banner company

Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad

50-200 Employees · Banking / Finance

Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad 简介

Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad atau singkatannya PutraKop telah di tubuhkan pada 12 Disember 2013 dengan alamat berdaftar di Lot 11 Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24 Persiaran Perdana Presint 3, *2675 Putrajaya. Keanggotaan koperasi ini terdiri daripada pekerja-pekerja berkanun di Perbadanan Putrajaya dan anak syarikat. Penubuhan PutraKop adalah sebagai satu platform yang akan memberikan ruang dan peluang kepada pegawai dan kakitangan Perbadanan Putrajaya untuk memikirkan, menjalankan dan berkongsi keuntungan hasil daripada aktiviti komersil untuk manfaat dan faedah secara bersama. Idea penubuhan PutraKop telah lama disuarakan oleh pegawai dan pekhidmat Perbadanan Putrajaya dalam forum/mesyuarat seperti Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan Perbadanan Putrajaya (KRISputra). Keperluan bagi penubuhan koperasi di Perbadanan Putrajaya juga turut telah disarankan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Presiden. Selaras dengan sokongan padu ini maka kata sepakat telah dipersetujui bersama bagi penubuhan PutraKop ini. Antara cadangan awal aktiviti / bidang komersil yang berpotensi untuk diceburi dan diterokai oleh Koperasi Perbadanan Putrajaya adalah dalam sektor pembangunan stesen minyak, lot-lot komersil, peruncitan, hartanah dan khidmat pembiayaan kepada anggota-anggotanya. PutraKop berharap agar dapat meluaskan lagi aktiviti perniagaan yang diceburi di samping dapat memberikan faedah dan perkhidmatan yang terbaik untuk anggota dan seterusnya dapat menyumbangkan peningkatan KDNK negara. Harapan 5 tahun akan datang PutraKop menjadi koperasi yang mampu berdaya saing secara progresif dan amanah supaya koperasi menjadi yang cemerlang dari pelbagai aspek.

Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad 公司信息

公司名称

Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad

公司类型

Small-Medium Enterprize

公司规模

50-200

领域

Banking / Finance

公司SSM号码

-

就业机会

0

公司官网

https://putrakop.com/

Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad 地址

Lot 11, Kompleks Perbadanan Putrajaya 24, Persiaran Perdana, Presint 3, WP Putrajaya, Malaysia