返回
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur banner company

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Company SSM No 238474-D · 51-200 Employees · Education / Training

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur 简介

Latar Belakang

Bermatlamat untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam. Institut Profesional Baitulmal(IPB) ditubuhkan pada 23 April 1992 hasil usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan ( YWP ).


Memulakan operasinya di Wisma Awal, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur pada April 1992, IPB kemudiannya berpindah ke kampus tetap di Lot 1363, Jalan Perkasa, Off Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada Jun 1996. Maka Bermulalah lembaran baru bagi IPB dalam merealisasikan misinya.


Falsafah

Kami yakin dan percaya bahawa setiap insan mempunyai potensi diri yang boleh dikembangkan kerana kejayaan dan kecemerlangan tercetus daripada setiap kegagalan. Justeru itu peluang bimbingan, galakan dan sokongan berterusan wajar diberikan untuk menjana bukan sahaja kecemerlangan diri dan keluarga, malah kecemerlangan bangsa dan negara.


Visi

Beriltizam melahirkan ilmuan profesional yang Kompeten dan holistik.


Misi


  1. Melahirkan generasi ilmuan profesional dan pakar peringkat pertengahan dalam sektor pekerjaan melalui pembelajaran yang berteraskan nilai-nilai murni sejagat dan seiring dengan kehendak pasaran.
  2. Komited dalam membangunkan tahap pendidikan dan daya saing kumpulan asnaf


Objektif


  1. Melahirkan graduan yang profesional dan bersahsiah terpuji dengan memberikan nilai tambah dalam program akademik dan kokurikulum.
  2. Melahirkan ilmuan profesional berteraskan prinsip pengurusan tauhidik dalam bidang muamalat dan ekonomi lslam.


Piagam Perkhidmatan

Membudayakan kualiti dalam menawarkan perkhidmatan untuk kepuasan pelanggan bukan sahaja tanggungjawab malah merupakan rutin harian kami. Menghargai pelanggan dengan layanan cekap dan berkesan adalah identiti kami. Keceriaan pelanggan matlamat terakhir kami kerana pelanggan adalah segala-galanya bagi kami.


Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur 公司信息

公司名称

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

公司类型

-

公司规模

51-200

领域

Education / Training

公司SSM号码

238474-D

就业机会

1

公司官网

https://www.kpbkl.edu.my/

公司社交平台

social media

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur 地址

Lot 1363, Jalan Perkasa Taman Maluri Kuala Lumpur Federal Territory of Kuala Lumpur Malaysia, Malaysia

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur 就业机会

PENSYARAH 全职

MYR4,000.00 - MYR5,000.00 Per Month
Closing
30 Apr 2024