

Institut Tun Perak
<50 Employees · Government / Defence
<10
Followers
Institut Tun Perak 简介
Institut Tun Perak yang dikenali sebelum ini sebagai Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1994 yang diperbadankan di bawah akta syarikat berhad menurut jaminan dan tidak mempunyai modal saham.
IKSEP berperanan untuk menyedarkan masyarakat terutamanya golongan muda agar menghayati secara mendalam tentang sejarah warisan bangsa dan juga meningkatkan semangat penghayatan patriotism yang tulen kepada tanahair.
Namun, selaras dengan pertukaran pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Melaka, pada 28 Jun 2018, YAB Ketua Menteri Melaka pada ketika itu di sidang medianya telah mengumumkan nama Institut Kajian Sejarah Patriotisme Malaysia (IKSEP) ditukar kepada Institut Tun Perak (ITP).
Selaras dengan pertukaran nama ke Institut Tun Perak, peranan dan tanggungjawab ITP juga turut dikembangkan sebagai badan pemikir (Thinktank) kepada Kerajaan Negeri Melaka di dalam menggubal dasar dan polisi, menyumbang idea konstruktif dan progresif dalam merangka perancang ekonomi negeri yang mampan dan lestari disamping mempergiat aktiviti penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti.
Salah satu matlamat penubuhannya iaitu menyebarkan ilmu, kemahiran dan pembudian melalui program, pelatihan serta penjalinan perundingan, ITP telah diamanah dan dipertanggungjawabkan sebagai Custodian kepada Projek Pembangunan Data Raya Sektor Awam Negeri Melaka. Projek yang berimpak tinggi di dalam menjadikan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka sebagai eGovernment dan data-based government.
Justeru, ITP memikul tanggungjawab yang besar dan pemain utama di dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Melaka di dalam medigitalisasikan sektor awam Negeri Melaka dan agensi-agensi yang bernaung di bawahnya.
Institut Tun Perak 公司信息
公司名称
Institut Tun Perak
公司类型
-
公司规模
<50
领域
Government / Defence
公司SSM号码
-
就业机会
0
有问题想问这家公司?让雇主来回答吧!
Institut Tun Perak 地址
No. 6, Jalan Mutiara Melaka 3, Taman Mutiara Melaka, Batu Berendam, Melaka