HEDYS INTERNATIONAL SDN. BHD. banner company
jobs in HEDYS INTERNATIONAL SDN. BHD.

HEDYS INTERNATIONAL SDN. BHD.

1-50 Employees · Manufacturing / Production ·

HEDYS INTERNATIONAL SDN. BHD. 简介

Syarikat HEDYS INTERNATIONAL SDN BHD merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan perniagaan atas talian yang memasarkan kuih tradisi Kuih Batang Buruk di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Selain kuih Batang Buruk, syarikat juga mempunyai produk sampingan seperti Kuih Bangkit Gula Melaka dan Maruku Shake. Syarikat HEDYS INTERNATIONAL SDN BHD telah ditubuhkan pada September 2016 dengan menggunakan nama Syalldy Golden Enterprise dan telah ditukar nama pada Oktober 2020.


Syarikat yang menggunakan HEDY’S sebagai jenama bagi memasarkan produk kuih tradisional batang buruk ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak, Brunei dan Singapura. Syarikat telah memiliki kekuatan seramai 500 orang Ejen dan dropship di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura

Syarikat HEDYS INTERNATIONAL SDN BHD telah berkembang maju dengan mempunyai ejen diseluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Syarikat sangat komited dalam memasarkan kuih tradisi Batang Buruk, Maruku dan Bangkit yang semakin dilupakan. Pemasaran kuih tradisi Batang Buruk, Maruku dan Bangkit ini tidak terhad pada musim perayaan sahaja.

Bagi memperluaskan lagi jaringan pemasaran, syarikat telah membangunkan sebuah profil syarikat bagi tujuan memberikan maklumat terperinci dan sebagai platform mengembangkan lagi perniagaan syarikat kepada masyarakat setempat.

Syarikat HEDYS INTERNATIONAL SDN BHD amat menekankan semangat kerjasama antara seluruh organisasi bagi meningkatkan lagi mutu produk demi kepuasan pelanggan dan secara tidak langsung dapat merealisasikan visi dan misi syarikat.



 

 


HEDYS INTERNATIONAL SDN. BHD. 相册

HEDYS INTERNATIONAL SDN. BHD. 公司信息

公司名称

HEDYS INTERNATIONAL SDN. BHD.

公司类型

-

公司规模

1-50

领域

Manufacturing / Production

公司SSM号码

1389049-A

就业机会

0

公司官网

有问题想问这家公司?让雇主来回答吧!

HEDYS INTERNATIONAL SDN. BHD. 地址

NO.7503-A, Jalan Enggang 19, Bandar Putra 81000 Kulai, Johor Darul Takzim, Malaysia