AKADEMI BINAAN MALAYSIA (UTARA) SDN BHD banner company
jobs in AKADEMI BINAAN MALAYSIA (UTARA) SDN BHD

AKADEMI BINAAN MALAYSIA (UTARA) SDN BHD

51-200 Employees · Education / Training

About AKADEMI BINAAN MALAYSIA (UTARA) SDN BHD

Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn.Bhd. merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan pada 18 Jun 1998 di bawah Akta Syarikat 1965. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Akademi Binaan Malaysia (Perak) Sdn.Bhd. dan ditukar nama kepada Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn. Bhd. pada 10 Februari 2001 atau lebih dikenali sebagai ABM Utara.


Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat CIDB Holding Sdn. Bhd. yang dimiliki sepenuhnya oleh CIDB Malaysia. Sebelum pembukaan kampus di Sintok, ABM Utara mula   beroperasi di tapak sementara terletak di Lot 1687, Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Pembukaan kampus ABM Utara di Sintok adalah pada Januari 2007.


Akademi Binaan Malaysia adalah agensi latihan & akreditasi CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) yang bertanggungjawab terhadap industri pembinaan negara bagi melatih dan mengeluarkan tenaga mahir yang dilengkapi dengan kesesuian kemahiran, standard, kecekapan, kualiti dan produktiviti.


ABM Utara adalah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk membangunkan industri pembinaan negara, dan selaras dengan peruntukan dalam akta 520, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia untuk mempertingkatkan kemahiran sumber manusia industri pembinaan negara supaya merekaboleh menyumbangkan ke arah peningkatan daya saing industri ini pada masa depan

AKADEMI BINAAN MALAYSIA (UTARA) SDN BHD Photos

AKADEMI BINAAN MALAYSIA (UTARA) SDN BHD Business Information

Company Name

AKADEMI BINAAN MALAYSIA (UTARA) SDN BHD

Company Type

-

Company Size

51-200

Industry

Education / Training

Company SSM No

464233-X

Job Vacancies

0

Company Social Media

social media

Got questions about working here? Let the employer answer!