返回
Institut Integriti Malaysia banner company

Institut Integriti Malaysia

50-200 Employees · Social Services / NGO

Institut Integriti Malaysia 简介

Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan pada bulan April 2004 dengan objektif untuk menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (NIP). Pada Januari 2019, Pelan Integriti Nasional telah digantikan oleh Pelan Anti Rasuah Negara (NACP).

 

Pelaksanaan NACP telah dibangunkan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), untuk menetapkan objektif utama berdasarkan inisiatif yang akan diambil oleh setiap institusi kerajaan dan swasta untuk menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus untuk lima tahun akan datang.

 

Visi NACP adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas rasuah melalui tiga matlamat khusus iaitu Kebertanggungjawaban dan Kredibiliti Kehakiman, Pendakwaan dan Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang; Penyampaian Perkhidmatan Awam yang cekap dan responsif, dan Integriti dalam Perniagaan.

 

IIM berfungsi sebagai badan operasi GIACC dengan tujuan untuk membangunkan keupayaan dan kecekapan sektor awam dan swasta bagi membantu negara dalam merealisasikan objektif untuk menjadi sebuah negara yang dikenali kerana integriti, dan bukannya rasuah.

 

IIM turut menyediakan khidmat perunding, instrumen penilaian dan khidmat latihan kepada agensi-agensi kerajaan, organisasi swasta termasuk pengusaha kecil dan sederhana melalui Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS), Pelan Pembangunan Anti-Rasuah (OACP), Penilaian Profil Individu (IIP), Instrumen Penilaian Integriti (IAT), Pembangunan Integriti Komuniti (CIB) dan Program Latihan Ethics and Integrity.

Institut Integriti Malaysia 公司信息

公司名称

Institut Integriti Malaysia

公司类型

Government

公司规模

50-200

领域

Social Services / NGO

公司SSM号码

-

就业机会

0

Institut Integriti Malaysia 地址

Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku, WP Kuala Lumpur, Malaysia