- Sepang Selangor Malaysia
Working Location
Job Description
Responsibilities
WE’RE HIRING – SALES ADMIN (AFFILIATE)
Airakraft | Sepang, Selangor
Jom Sertai Team Airakraft!
Airakraft merupakan syarikat Bumiputera yang mengkhusus dalam reka bentuk, pembuatan dan pemasangan dekorasi dalaman Islamik moden di seluruh Malaysia.
Kami sedang mencari Sales Admin (Affiliate) yang proaktif, kreatif dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk menguruskan rangkaian affiliate serta membantu meningkatkan jualan syarikat.
Skop Kerja
* Mengurus dan membangunkan rangkaian TikTok Affiliate Airakraft.
* Mencari, menjemput dan berhubung dengan affiliate baharu setiap hari.
* Menyediakan maklumat produk, katalog dan bahan promosi kepada affiliate.
* Membuat susulan (follow-up) dengan affiliate bagi memastikan mereka aktif mempromosikan produk.
* Menyelaras penghantaran sampel produk kepada affiliate apabila diperlukan.
* Memantau prestasi affiliate dan menyediakan laporan mingguan.
* Membantu merancang kempen affiliate bersama pasukan pemasaran.
* Menjawab pertanyaan affiliate dengan pantas dan profesional.
* Mengemaskini data affiliate menggunakan Google Sheet atau Microsoft Excel.
Kelayakan
* Minimum SPM / Diploma.
* Berpengalaman dalam TikTok Shop, Affiliate atau E-commerce adalah satu kelebihan.
* Fresh graduate yang berminat juga digalakkan memohon.
* Mahir menggunakan WhatsApp, Microsoft Excel dan Google Workspace.
* Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
* Rajin, teratur, bertanggungjawab dan mudah belajar.
Faedah
* Gaji asas + KPI + Insentif Prestasi.
* EPF, SOCSO & EIS.
* Latihan disediakan.
* Peluang kenaikan pangkat.
* Suasana kerja yang positif dan peluang membina kerjaya dalam industri e-commerce.
Lokasi
Airakraft (Aira Worldwide Legacy)
No. 5, Jalan 8, Kosmopleks BBST,
43900 Sepang, Selangor.
Waktu Bekerja
Isnin – Sabtu
8.00am - 5.00pm
Mohon Sekarang!
Hantar resume anda melalui Indeed dan sertai misi Airakraft untuk mengembangkan jenama dekorasi Islamik moden ke seluruh Malaysia.
Airakraft
Crafted with Faith. Built with Excellence.
Inspirasi Hidupkan Ruang Ibadah
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Work Location: In person
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.