Pembantu Klinik bertanggungjawab menyokong operasi harian klinik, membantu doktor dan jururawat dalam penjagaan pesakit, serta memastikan aliran pesakit berjalan dengan lancar. Jawatan ini memerlukan sikap profesional, berintegriti, dan penyayang dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti.
Tanggungjawab Utama
1. Pendaftaran Pesakit & Kaunter Hadapan
- Mendaftarkan pesakit dengan tepat ke dalam sistem klinik.
- Mengesahkan maklumat pesakit (Kad Pengenalan, panel insurans, panel syarikat).
- Mengutip bayaran konsultasi dan mengeluarkan resit.
- Menguruskan temujanji serta pesakit yang hadir tanpa temu janji (walk-in).
- Menjawab panggilan telefon dan memberikan maklumat asas kepada pesakit.
2. Bantuan Klinikal
- Membantu doktor semasa sesi konsultasi dan prosedur minor.
- Menyediakan bilik konsultasi sebelum dan selepas setiap pesakit.
- Mengambil serta merekod tanda-tanda vital seperti tekanan darah (BP), kadar nadi, suhu badan, paras oksigen (SpO₂), berat dan tinggi badan.
- Melaksanakan prosedur asas seperti nebulizer, pencucian luka (dressing), ECG, ujian air kencing dan lain-lain mengikut latihan yang diberikan.
- Memastikan semua peralatan perubatan sentiasa bersih dan disterilkan.
3. Penyediaan & Pendispensan Ubat
- Menyediakan dan mendispens ubat mengikut preskripsi doktor.
- Melabel ubat dengan betul serta memberikan arahan penggunaan yang jelas.
- Memantau stok ubat-ubatan dan bahan guna habis (consumables).
- Memeriksa tarikh luput ubat serta memastikan penyimpanan mengikut piawaian yang ditetapkan.
4. Operasi Klinik & Penjagaan Kebersihan
- Memastikan kebersihan dan tahap higien klinik sentiasa terpelihara.
- Memastikan sisa klinikal dan sisa am dilupuskan mengikut prosedur yang betul.
- Membantu dalam proses pesanan stok dan kawalan inventori.
- Memastikan aliran pesakit berjalan lancar serta mengurangkan masa menunggu.
5. Dokumentasi & Pematuhan
- Menyimpan rekod pesakit dengan lengkap dan tepat.
- Membantu menyediakan laporan apabila diperlukan.
- Memastikan semua tugas dilaksanakan mengikut peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Prosedur Operasi Standard (SOP) klinik.
- Menjaga kerahsiaan maklumat pesakit pada setiap masa.
Pay: From RM1,700.00 per month
Benefits:
- Flexible schedule
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Parental leave
- Professional development
Work Location: In person