Kami sedang mencari individu yang dinamik, fleksibel, dan tersusun untuk mengisi jawatan sebagai Personal Assistant.
Tanggungjawab Kerja:
• Menguruskan jadual harian, temu janji, dan tugasan harian pengurusan.
• Mengendalikan urusan surat-menyurat, panggilan telefon, dan mesej penting.
• Membantu koordinasi tugas perniagaan, operasi harian, dan urusan peribadi pihak pengurusan.
• Menjalankan tugasan luar atau errands dengan cekap apabila diperlukan.
Kelayakan:
• Minimum SPM / STPM / Diploma dalam mana-mana bidang.
• Mahir berkomunikasi dengan baik dan mempunyai kemahiran organisasi yang kuat.
• Boleh menyimpan rahsia (highly confidential), jujur, dan menepati masa.
Sila hubungi kami atau hantar resume melalui WhatsApp untuk urusan temuduga.