jobs in Oldenburger Interior Sdn Bhd

Oldenburger Interior Hiring! Full Time Welder in Negeri Sembilan, Earn up to MYR 5,000 - Ricebowl

MYR3,000 - MYR5,000 Per Month

Seremban 2, Negeri Sembilan

Share
Save

Working Location

  • Seremban 2 Negeri Sembilan Malaysia

Job Description

Responsibilities

Ringkasan Tugas:
Kami sedang mencari Juruteknik Kimpalan (Welder) yang berpengalaman untuk menyertai pasukan kami di Bandar Sri Sendayan. Calon yang sesuai mestilah mempunyai kemahiran mengimpal yang kukuh, mampu membaca dan mentafsir lukisan teknikal, serta boleh melaksanakan tugas penyelenggaraan asas. Juruteknik Kimpalan bertanggungjawab untuk mengimpal sambungan logam, menilai kualiti bahan, mematuhi amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, serta melaksanakan tugas tambahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

Tanggungjawab Kerja:

  • Membaca dan mentafsir lukisan teknikal dengan pengawasan minimum
  • Melaksanakan kerja kimpalan pada sambungan logam menggunakan teknik MIG & TIG
  • Menjalankan penyelenggaraan asas seperti mengisi senarai semak (checklist)
  • Mengikut arahan dengan tepat dan teliti
  • Menilai kualiti bahan seperti keluli tahan karat (stainless steel)
  • Memastikan semua prosedur/polisi berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan dipatuhi.
  • Mampu berdiri untuk tempoh yang lama, memanjat, menarik dan mengangkat objek berat apabila diperlukan

Keperluan Kerja:

  • Kelulusan SPM / Sijil / Diploma dalam bidang berkaitan
  • Pengalaman lebih daripada 2 tahun dalam bidang kimpalan
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman dalam pembuatan perabot

Job Type: Full-time

Pay: RM3,000.00 - RM5,000.00 per month

Benefits:

  • Free parking
  • Health insurance
  • Meal provided
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Application Question(s):

  • Adakah anda mempunyai pengalaman bekerja di industri pengeluaran perabot?
  • Adakah anda mempunyai kemahiran untuk menjadi juruteknik kimpalan(welder)?

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More