- Kota Kinabalu, Sabah Kota Kinabalu Sabah Malaysia
Working Location
Job Description
Responsibilities
Kami sedang mencari seorang Pemandu Peribadi merangkap Pembantu Peribadi yang bertanggungjawab, amanah, berdisiplin dan boleh dipercayai untuk membantu urusan pengangkutan serta tugasan harian majikan dan keluarga.
Tanggungjawab UtamaMemandu majikan dan ahli keluarga ke tempat kerja, mesyuarat, temu janji, sekolah dan destinasi lain dengan selamat.
Merancang laluan perjalanan bagi memastikan ketepatan masa.
Memastikan kenderaan sentiasa bersih, kemas dan dalam keadaan baik.
Mengurus penyelenggaraan berkala kenderaan termasuk servis, pembaikan, pembaharuan cukai jalan dan insurans.
Mematuhi semua peraturan lalu lintas dan mengamalkan pemanduan berhemah.
Membantu menjalankan urusan peribadi dan rumah tangga seperti membeli barangan keperluan, mengambil atau menghantar bungkusan, membuat pembayaran bil dan lain-lain tugasan berkaitan.
Membantu mengurus temu janji dan tugasan pentadbiran asas jika diperlukan.
Berurusan dengan pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga bagi urusan rumah tangga apabila diarahkan.
Membantu mengangkat atau memindahkan barangan apabila diperlukan.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh majikan dari semasa ke semasa.
Warganegara Malaysia.
Mempunyai lesen memandu Kelas D yang sah serta rekod pemanduan yang baik.
Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman sebagai pemandu peribadi atau pemandu syarikat adalah satu kelebihan.
Mahir menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps.
Seorang yang amanah, menepati masa, berdisiplin dan mempunyai penampilan yang kemas.
Sihat tubuh badan dan mampu menjalankan tugasan harian yang diberikan.
Bersedia bekerja lebih masa, pada hujung minggu atau cuti umum sekiranya diperlukan.
Mampu menjaga kerahsiaan dan privasi majikan serta keluarga.
Tidak merokok adalah satu kelebihan.
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.