Kami sedang mencari Technician Pest Control yang berkelayakan dan berpengalaman untuk menyertai pasukan kami di Pestable Pest Management.
Kriteria Kelayakan:
Mempunyai Lesen PAL atau APAL (Keutamaan diberikan kepada pemegang lesen yang sah)
Lesen memandu B2 & D (Wajib)
Lesen GDL adalah satu kelebihan
Berpengalaman sekurang-kurangnya 1–3 tahun dalam industri kawalan serangga perosak
Minimum SPM atau kelayakan setaraf
Boleh bekerja lebih masa (OT) dan mengikut jadual kerja yang ditetapkan
Mampu bekerja secara individu dan dalam pasukan
Mempunyai sikap jujur, rajin, menepati masa, amanah dan bertanggungjawab
Berumur antara 20 hingga 35 tahun
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik
Mahir menggunakan peralatan dan bahan kawalan serangga perosak serta memahami prosedur kerja
Bersedia untuk bekerja di luar kawasan jika diperlukan
Kelebihan:
️ Gaji menarik berdasarkan pengalaman
️ Elaun & OT disediakan
️ Peluang untuk latihan dan peningkatan kemahiran dalam bidang kawalan serangga perosak