jobs in Angkasa Training Centre Sdn Bhd

全职 Telemarketer - Education Program 工作, 薪水 up to MYR 2,500, Angkasa Training Centre Sabah 公司招聘中 - Ricebowl

分享
保存

工作地点

  • Kota Kinabalu Sabah Malaysia

职位描述

岗位职责

Kami sedang mencari Telemarketer yang bersemangat, yakin dan pandai berkomunikasi untuk menyertai pasukan kami.

Sebagai Telemarketer, anda akan berhubung dengan golongan bekerja yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah. Anda akan menerangkan program yang ditawarkan, menjawab pertanyaan serta membantu mereka memahami pilihan pengajian yang sesuai dengan keadaan dan pengalaman kerja mereka.

Tak pernah bekerja sebagai Telemarketer? Jangan risau. Latihan akan diberikan!

Jika anda seorang yang suka bercakap dengan orang, yakin membuat panggilan dan mempunyai semangat untuk mencapai sasaran, anda mungkin calon yang kami cari.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

  • Menghubungi bakal pelajar menggunakan senarai nombor telefon yang disediakan.
  • Memberikan penerangan mengenai program Diploma dan Ijazah yang ditawarkan.
  • Menerangkan syarat kemasukan, tempoh pengajian, yuran dan pilihan pembayaran.
  • Menjawab pertanyaan dan membantu bakal pelajar membuat keputusan yang sesuai.
  • Membuat susulan (follow-up) dengan bakal pelajar secara berkala.
  • Membantu bakal pelajar sepanjang proses permohonan dan pendaftaran.
  • Mencapai sasaran pendaftaran yang ditetapkan.
  • Bekerjasama dengan ahli pasukan untuk mencapai sasaran bersama.

KAMI MENCARI CALON YANG:

  • Mempunyai pengalaman dalam Telemarketing, Marketing atau Customer Service adalah satu kelebihan.
  • Pandai berkomunikasi dan selesa bercakap melalui telefon.
  • Mempunyai keyakinan diri dan sikap yang positif.
  • Pandai meyakinkan dan berunding dengan pelanggan.
  • Boleh menggunakan komputer serta aplikasi asas.
  • Rajin membuat susulan dan tidak mudah berputus asa.
  • Suka berinteraksi dengan orang dan berminat membantu mereka mencapai impian untuk melanjutkan pengajian.

APA YANG KAMI TAWARKAN?

  • Gaji + Komisen yang menarik
  • Latihan disediakan — pengalaman Telemarketing bukan syarat wajib.
  • Insentif berdasarkan pencapaian
  • Peluang untuk berkembang dalam kerjaya
  • Pasukan kerja yang saling membantu
  • Persekitaran kerja yang positif dan selesa

BUKAN SEKADAR KERJA MEMBUAT PANGGILAN

Setiap panggilan memberi anda peluang untuk membantu seseorang mendapatkan Diploma atau Ijazah dan membuka lebih banyak peluang untuk masa depan mereka.

Kalau anda suka bercakap dengan orang, yakin berkomunikasi dan mahu membina kerjaya dalam bidang Marketing & Pendidikan, kami alu-alukan anda untuk menyertai pasukan kami.

Hantar permohonan anda sekarang dan sertai team kami!

Job Type: Full-time

Pay: RM1,800.00 - RM2,500.00 per month

Benefits:

  • Health insurance
  • Maternity leave
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Application Question(s):

  • What is your "Date Of Birth"

Experience:

  • Marketing: 1 year (Preferred)

Location:

  • Kota Kinabalu (Preferred)

Work Location: In person

重要安全守则

申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。

了解更多