KELAYAKAN
- Minimum SPM / Sijil Kemahiran dalam bidang Elektrik, Automotif atau bidang berkaitan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang electrical wiring atau elektrik kenderaan.
- Mempunyai pengetahuan asas berkaitan wiring dan sistem elektrik kenderaan.
- Berkemahiran menggunakan multimeter, hand tools dan peralatan berkaitan.
- Mampu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah wiring asas.
- Mempunyai sikap bertanggungjawab, boleh bekerja dalam pasukan dan mengikut arahan Technician atau penyelia.
SKOP KERJA
- Membantu Technician menjalankan pemeriksaan, pemasangan dan penyelenggaraan sistem elektrik serta wiring kenderaan.
- Membantu mengenal pasti dan membaiki masalah asas wiring, fius, relay, lampu, bateri dan komponen elektrik kenderaan.
- Menjalankan kerja wiring, rewiring dan pemasangan komponen elektrik mengikut arahan Technician.
- Menggunakan multimeter, hand tools dan peralatan elektrik dengan betul dan selamat.
- Memastikan kerja wiring dan sambungan elektrik dibuat dengan kemas serta berfungsi dengan baik.
- Mematuhi prosedur keselamatan bengkel dan melaksanakan tugasan lain yang berkaitan mengikut arahan pihak atasan.
KELEBIHAN MENYERTAI SYARIKAT
- KWSP, PERKESO & SIP
- Cuti Tahunan & Cuti Sakit
- Latihan & Pembangunan Kemahiran
- Persekitaran Kerja Yang Kondusif
- Bayaran kerja lebih masa
[GAJI TERSEBUT TIDAK TERMASUK BAYARAN LEBIH MASA]
Pay: RM1,700.00 - RM2,200.00 per month
Benefits:
Work Location: In person