Memeriksa papan litar bercetak (PWB) untuk mengenal pasti kecacatan fizikal seperti papan litar putus, tersambung, calar atau lekuk pada permukaan PWB dan juga lain-lain masalah kosmetik.
Menggunakan peralatan seperti kanta pembesar , scope dan alat ujian elektrik untuk memastikan kualiti dan fungsi PWB.
Menyediakan laporan pemeriksaan harian dan merekodkan sebarang kecacatan atau ketidakpatuhan terhadap spesifikasi produk
Mengikuti prosedur operasi piawai (SOP) dan garis panduan keselamatan semasa menjalankan tugas.
Memberi maklum balas kepada jabatan berkaitan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan proses.
Menyimpan rekod pemeriksaan harian, termasuk jumlah unit diperiksa dan bilangan unit yang gagal.
Mengisi borang laporan kecacatan dan tindakan pembetulan
mengekalkan kebersihan dan piawaian 5S di tempat kerja.
Pastikan anda dan semua kakitangan di bawah seliaan anda mematuhi semua arahan, peraturan dan undang-undang berkaitan alam sekitar, kesihatan & keselamatan dalaman dan luaran..