jobs in AL FARHAIN MEDICAL CENTRE SDN.BHD

全职 PEMANDU AMBULANS 工作, 薪水, AL FARHAIN MEDICAL CENTRE SDN.BHD Kelantan 公司招聘中 - Ricebowl

分享
保存

工作地点

  • Kota Bharu Kelantan Malaysia

职位描述

岗位职责

Ringkasan Kerja:

Bertanggungjawab untuk memandu dan menguruskan ambulans, menyokong operasi harian klinik, serta menjalankan pemasaran dan promosi perkhidmatan ambulans.

Deskripsi kerja

1. Tugas Harian Semasa Giliran Bertugas (Scheduled Duty Crew)

a) Memandu ambulans dengan selamat, berhemah, dan pantas mengikut protokol kecemasan dan peraturan jalan raya yang ditetapkan.

b) Memeriksa ambulans setiap hari (pra-perjalanan) termasuk enjin, tayar, minyak, dan peralatan keselamatan.

c) Memastikan ambulans sentiasa bersih dan siap sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.

d) Mencatat dan mengemas kini buku log perjalanan dan melaporkan sebarang kerosakan segera.

2. Sokongan Klinikal

a) Menerima dan mendaftar pesakit: Mengambil kad pengenalan/passport pesakit untuk diisikan didalam sistem Dr Assist dan mengisi maklumat pesakit didalam kertas pesakit yang disediakan.

b) Menjawab panggilan telefon daripada pesakit dan menjadualkan janji temu dengan doktor yang bertugas.

c) Mendapatkan sejarah pesakit dan mengemas kini carta perubatan dan rekod yang berkaitan, dan memasukkan data pesakit ke dalam fail atau sistem Dr Assist.

d) Mengumpul, mengesahkan, merekod dan mengekalkan data mengenai aktiviti klinikal dan menyediakan laporan berkaitan seperti yang diperlukan.

e) Bertindak sebagai 'First Responder' untuk memberikan rawatan asas di tempat kejadian, termasuk bantuan kecemasan (seperti CPR dan kawalan pendarahan), selaras dengan tahap latihan yang dimiliki.

f) Membantu pasukan perubatan (Pembantu Perubatan/Jururawat) dalam mengendalikan pesakit, mengangkat, dan memindahkan pesakit ke dalam ambulans dengan ergonomik yang betul dan selamat.

g) Memastikan semua peralatan kecemasan dalam ambulans lengkap dan berfungsi (cth: oksigen, set resusitasi).

3. Tugas pemasaran dan promosi perkhidmatan ambulans

a) Mencari dan mendekati 'feeder' seperti klinik swasta, rumah penjagaan warga emas, pusat dialisis, dan pusat rawatan lain yang memerlukan perkhidmatan pemindahan pesakit (Inter-facility transfer).

b) Menjalankan promosi perkhidmatan ambulans swasta (cth: perkhidmatan standby perubatan untuk acara, pemindahan antara hospital) kepada bakal pelanggan.

c) Membina dan mengekalkan hubungan profesional yang kukuh dengan pihak pengurusan 'feeder' untuk memastikan mereka memilih perkhidmatan ambulans syarikat.

d) Menjelaskan pakej perkhidmatan, kadar harga, dan kelebihan ambulans syarikat dengan jelas dan persuasif.

e) Mengemaskini rekod prospek dan membuat laporan aktiviti jualan/lawatan mingguan.

f) Menyediakan dan mengedarkan bahan pemasaran (risalah, kad perniagaan) perkhidmatan ambulans.

4. Menjalankan tugas lain yang berkaitan seperti yang diarahkan atau diminta oleh Pihak Pengurusan

Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per hour

Benefits:

  • Maternity leave
  • Professional development

Work Location: In person

重要安全守则

申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。

了解更多