SOCIAL MEDIA EXECUTIVE
Zabel Hijab International | Permaisuri Cheras
Zabel Hijab sedang mencari individu yang kreatif, berkeyakinan, berperwatakan menarik dan mempunyai minat yang tinggi dalam dunia social media untuk menyertai team kami.
.
Kalau anda suka menghasilkan content, aktif di media sosial, berani tampil di hadapan kamera dan boleh bekerja dengan team — kami nak jumpa anda!
Tanggungjawab
- Mengurus dan menghasilkan content untuk TikTok, Facebook, Instagram dan platform media sosial lain.
- Membantu menghasilkan video pendek, posting, story dan content harian.
- Mengikuti trend semasa media sosial dan mencadangkan idea content baharu.
- Membantu membuat content berkaitan produk, promosi dan kempen Zabel Hijab.
- Bekerjasama dengan team marketing untuk menghasilkan content yang menarik.
- Memastikan content diterbitkan mengikut jadual.
- Membantu meningkatkan engagement dan awareness jenama.
Kriteria Yang Kami Cari
- Wanita berumur 20 hingga 30 tahun.
- Minimum SPM atau Diploma menjadi satu kelebihan.
- Mempunyai minat dalam social media, content creation dan marketing.
- Berperwatakan menarik, yakin dan komunikatif.
- Kreatif dan mempunyai banyak idea.
- Boleh bekerja secara berdikari dan pada masa yang sama boleh bekerja dalam kumpulan.
- Bertanggungjawab, rajin dan mempunyai sikap mahu belajar.
- Boleh menggunakan TikTok, Instagram dan Facebook.
- Mempunyai pengalaman membuat video/content adalah satu kelebihan.
- Calon yang baru bermula dalam bidang social media juga dialu-alukan untuk memohon.
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Work Location: In person