TUJUAN JAWATAN
Bertanggungjawab memastikan operasi padang golf berjalan dengan lancar dan teratur dengan memantau pergerakan pemain, memastikan pemain mematuhi peraturan dan etika golf, serta membantu dalam pengurusan dan penggunaan buggy.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
- Membuat rondaan di sekitar padang golf dan memantau pergerakan pemain.
- Memastikan pemain mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan oleh pihak pengurusan padang golf.
- Memantau dan memastikan kelancaran pace of play supaya permainan tidak terlalu lambat.
- Memberi peringatan kepada pemain secara sopan sekiranya berlaku kelewatan atau pelanggaran peraturan.
- Memastikan pemain mengikuti waktu tee-off yang telah ditetapkan.
- Membantu pemain dengan memberikan maklumat berkaitan padang golf dan arah ke hole tertentu apabila diperlukan.
- Menyediakan, membersihkan dan menyusun buggy sebelum dan selepas digunakan.
- Memastikan buggy berada dalam keadaan bersih, selamat dan baik sebelum diserahkan kepada pemain.
- Memeriksa keadaan buggy dan melaporkan sebarang kerosakan atau masalah kepada penyelia dengan segera.
- Membantu pemain sekiranya berlaku masalah atau kerosakan buggy semasa permainan.
- Memastikan beg golf dan peralatan pemain dikendalikan dengan baik.
- Membantu di kawasan buggy staging, bag drop dan starting area apabila diperlukan.
- Memantau keadaan padang dan melaporkan sebarang kerosakan, bahaya atau perkara yang memerlukan perhatian pihak penyelenggaraan.
- Memastikan pemain menjaga kebersihan serta kemudahan yang disediakan di sekitar padang golf.
- Membantu dalam pengurusan kejohanan, pertandingan dan acara golf.
- Berkomunikasi dengan pihak Golf & Sports menggunakan radio komunikasi atau kaedah komunikasi yang ditetapkan.
- Memberikan layanan yang mesra, sopan dan profesional kepada semua pemain dan tetamu.
- Melaporkan sebarang kemalangan, aduan, kejadian atau perkara luar biasa kepada penyelia.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Golf Manager, Golf Executive atau Supervisor dari semasa ke semasa.
KELAYAKAN
- Minimum SPM atau kelayakan yang setaraf.
- Pengalaman dalam bidang golf, hospitaliti, khidmat pelanggan atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengetahuan asas mengenai peraturan dan etika golf adalah satu kelebihan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Mempunyai sikap mesra, bertanggungjawab dan berdisiplin.
- Boleh bekerja secara individu dan dalam pasukan.
- Sihat tubuh badan dan mampu bekerja di kawasan luar.
- Bersedia bekerja mengikut syif, hujung minggu dan cuti umum berdasarkan keperluan operasi.
- Mempunyai lesen memandu yang sah dan pengalaman mengendalikan buggy adalah satu kelebihan.
KEMAHIRAN
- Kemahiran komunikasi dan layanan pelanggan
- Pengetahuan asas mengenai golf
- Kesedaran terhadap aspek keselamatan
- Kemahiran menyelesaikan masalah
- Kerja berpasukan
- Bertanggungjawab dan berdisiplin
- Mampu berkomunikasi dengan baik bersama pemain dan tetamu
Job Types: Full-time, Contract
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Maternity leave
- Parental leave
Work Location: On the road