Membantu pihak Pengurusan dalam merancang dan menyelaras keperluan bagi projek pembukaan cawangan baharu.
Menyediakan, menyusun dan mengemaskini dokumen, rekod serta fail berkaitan projek.
Membantu menyediakan project checklist, timeline, task list dan status kemajuan projek.
Menyelaras komunikasi dan urusan antara pihak Pengurusan, kontraktor, vendor, pembekal dan pihak berkaitan sepanjang tempoh projek.
Membantu mengurus keperluan pembelian dan perolehan berkaitan pembukaan cawangan seperti perabot, peralatan, bahan pembelajaran, stationery, signage dan keperluan operasi.
Membantu memastikan keperluan dokumentasi dan pentadbiran bagi pembukaan cawangan disediakan dengan lengkap.
Membantu mengurus jadual mesyuarat, lawatan tapak, perbincangan vendor dan aktiviti berkaitan projek.
Menyediakan minit mesyuarat, laporan kemajuan dan ringkasan status projek apabila diperlukan.
Melaksanakan tugas pentadbiran lain yang berkaitan dengan projek sebagaimana diarahkan oleh pihak Pengurusan dari semasa ke semasa.