Skop Tugasan
1. Pengurusan booth
- Menjaga booth mengikut waktu operasi yang dipersetujui dengan pihak hospital, termasuk susun atur, risalah dan bahan promosi.
- Memastikan booth sentiasa kemas dan mematuhi peraturan hospital.
2. Khidmat dan edukasi pesakit
- Menyambut pesakit dan waris yang datang ke booth, serta memberi maklumat tentang perkhidmatan, lokasi, jadual sesi dan kemudahan pusat dialisis.
- Menjawab soalan asas dan merujuk soalan klinikal kepada doktor atau jururawat pusat dialisis.
3. Perhubungan dengan pihak hospital
- Membina hubungan baik dengan unit nefrologi, wad perubatan, doktor, jururawat dan pegawai kerja sosial perubatan.
- Mendapatkan rujukan pesakit baru yang memerlukan dialisis selepas discaj.
- Mengadakan lawatan berkala ke unit berkaitan (dengan kebenaran pihak hospital).
4. Penyelarasan kemasukan pesakit
- Mengumpul maklumat pesakit yang berminat (dengan persetujuan mereka) dan menyerahkannya kepada pusat dialisis.
- Membantu urusan dokumen kemasukan seperti surat rujukan.
- Membuat susulan dengan pesakit sehingga mereka mula rawatan.
5. Pentadbiran dan laporan
- Merekod jumlah pertanyaan, rujukan dan pesakit yang berjaya didaftarkan.
- Menyediakan laporan mingguan atau bulanan kepada pengurusan.
- Memberi maklum balas tentang keperluan pesakit dan persaingan pusat dialisis lain di kawasan tersebut.
Pay: RM50.00 per day
Benefits:
- Flexible schedule
- Health insurance
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person