KAMI SEDANG MENCARI: CREATIVE LEAD
Mamariam Sdn Bhd — Kuala Terengganu
Individu yang berminat dalam dunia content, video, dan editing, serta mempunyai kebolehan memimpin pasukan — ini peluang yang sesuai untuk anda.
Tentang Jawatan Ini
Mamariam Sdn Bhd, syarikat produk kesihatan & kesejahteraan sedang mencari seorang Creative Lead untuk menerajui bahagian kreatif kami — dari penjanaan idea, produksi, sehingga membimbing ahli pasukan.
Kriteria Yang Diperlukan
- Ada idea kreatif untuk content video (TikTok, FB, Shopee dan lain-lain)
- Boleh shoot video & gambar sendiri, dan edit dengan baik
- Mahir guna software editing (CapCut, Premiere Pro, atau setaraf)
- Berkebolehan menguruskan dan memimpin pasukan kreatif — mengagihkan tugasan dan memantau kemajuan
- Berkebolehan melatih dan membimbing ahli pasukan baharu
- Memahami cara menempatkan staf mengikut kekuatan masing-masing
- Mempunyai sense of urgency dan boleh bekerja mengikut tempoh masa yang ditetapkan
- Kreatif, proaktif, dan sentiasa mengikuti perkembangan trend content terkini
Kelebihan Kalau Ada
- Pengalaman dalam industri kesihatan/kecantikan/lifestyle
- Pernah handle team content sebelum ini
- Faham asas digital marketing (engagement, ROAS, dll)
Skop Tugas
- Merancang dan melaksanakan kalendar kandungan untuk semua produk
- Merakam dan mengedit video/gambar untuk pelbagai platform
- Memberi taklimat dan menyelia pasukan kreatif
- Melatih ahli pasukan baharu sehingga mampu bekerja secara berdikari
- Bekerjasama rapat dengan pasukan jualan & pemasaran
Kelayakan
- Berpengalaman dalam bidang kreatif/kandungan (portfolio adalah satu kelebihan)
- Berkebolehan bekerja secara berpasukan dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan
- Bersedia bekerja di Kuala Terengganu
Hostel disediakan
Pay: RM2,500.00 - RM3,000.00 per month
Work Location: In person