- Johol, Negeri Sembilan Johol Negeri Sembilan Malaysia
工作地点
职位描述
岗位职责
Skop Kerja
- Memastikan proses penghantaran barang berjalan tepat pada masanya serta memaklumkan kepada pelanggan mengenai waktu penghantaran.
- Mengawasi perjalanan operasi logistik dan memastikan proses penghantaran berjalan dengan lancar.
- Memastikan kuantiti dan kualiti barang adalah tepat serta mengikut pesanan pelanggan.
- Memaklumkan kepada pemandu mengenai barang dan lokasi penghantaran pelanggan.
- Memastikan barang yang dihantar adalah mengikut Delivery Order (DO) dan senarai pesanan pelanggan.
- Menerima, memeriksa dan memastikan barang yang diterima daripada pembekal adalah dalam keadaan baik serta mengikut pesanan.
- Menyusun dan melabel barang di dalam stor dengan kemas, teratur dan selamat.
- Menyediakan dan mengemaskini rekod keluar masuk barang stor.
- Memastikan kawasan stor sentiasa bersih, kemas dan teratur.
- Memastikan stok barang disusun dengan baik dan mudah untuk dikesan.
- Mengambil dokumen Delivery Order (DO) daripada kedai serta memastikan DO yang belum selesai atau telah selesai dihantar dipulangkan dan disimpan di stor dengan baik.
- Bertanggungjawab memastikan semua dokumen DO yang diterima daripada kedai disimpan dengan selamat dan tidak hilang.
- Sebarang kehilangan DO hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurusan dengan segera dan pihak yang bertanggungjawab perlu memberikan penjelasan.
- Wajib berada di stor 15 minit sebelum waktu bekerja bermula.
Kriteria yang diperlukan
- Mempunyai pengalaman sebagai Storekeeper, khususnya dalam bidang hardware atau bahan binaan.
- Teliti, bertanggungjawab dan mempunyai sikap kerja yang baik.
- Mampu berkomunikasi dengan pelanggan dan rakan sekerja dengan baik.
- Boleh bekerja secara berkumpulan dan bekerjasama dengan jabatan lain.
- Tegas dan yakin ketika berurusan dengan pelanggan, pemandu dan pembekal.
- Mampu bekerja secara berdikari tanpa pengawasan berterusan.
- Mempunyai kemahiran mengurus dan menyusun stok dengan baik.
- Sihat dan mampu melakukan kerja-kerja fizikal di stor.
Manfaat
- Gaji RM1,800 – RM2,500 bergantung kepada pengalaman dan kemahiran.
- Bayaran kerja lebih masa (OT) mengikut keperluan kerja.
- Bonus tahunan berdasarkan prestasi kerja.
- Kenaikan gaji berdasarkan prestasi kerja.
- Latihan, bengkel dan kursus akan disediakan mengikut keperluan dan tahap kemahiran pekerja.
- KWSP, SOCSO & EIS.
重要安全守则
申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。