Operator Pengeluaran - Semiconductor
Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa, Tetap (Direct Under Company)
- Gaji Asas: RM1,800 – RM2,100 (bergantung kepada kelayakan dan pengalaman)
- Purata Gaji Kasar: RM4,000+ (termasuk kerja lebih masa & elaun syif)
- Jawatan Tetap (Direct Under Company)
Ringkasan Jawatan
Kami sedang mencari Operator Pengeluaran yang berdedikasi untuk menyertai pasukan pembuatan kami. Calon yang berjaya akan bertanggungjawab menjalankan proses pengeluaran di dalam persekitaran bilik bersih (cleanroom), mengendalikan peralatan pengeluaran, serta memastikan produk memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan syarikat.
Tanggungjawab
- Menjalankan proses pemasangan (assembly) dan pengeluaran mengikut arahan kerja.
- Mengendalikan mesin dan peralatan pengeluaran dengan selamat.
- Memastikan produk memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan.
- Mematuhi prosedur kerja di dalam persekitaran cleanroom serta memakai pakaian perlindungan (PPE) yang diperlukan.
- Memastikan kawasan kerja sentiasa bersih, kemas dan mematuhi SOP syarikat.
- Membantu mencapai sasaran pengeluaran harian.
- Melaporkan sebarang isu atau kerosakan mesin kepada penyelia.
Kelayakan
- Minimum SPM, Sijil atau Diploma.
- Warganegara Malaysia.
- Mampu bertutur dan memahami Bahasa Malaysia serta Bahasa Inggeris asas.
- Bersedia bekerja syif 12 jam (Syif Pagi / Malam).
- Sihat tubuh badan dan mampu bekerja dalam persekitaran cleanroom.
- Mempunyai sikap positif serta keinginan untuk belajar.
- Pengalaman dalam bidang pembuatan adalah satu kelebihan.
Gaji & Faedah
- 5 hari bekerja seminggu
- Elaun Syif
- Kerja Lebih Masa (OT)
- Bonus Berubah Suku Tahunan (Quarterly Variable Bonus)
- Faedah Perubatan, Pergigian & Optikal
- Perlindungan Insurans Komprehensif
- Latihan Semasa Bekerja & Peluang Pembangunan Kerjaya
- Program Ganjaran Rujukan Pekerja
Work Location: In person