jobs in Kiffah Group Of Companies

全职 Human Resource Assistant (Payroll) 工作, 薪水 up to MYR 2,100, Kiffah Group Of Companies Federal Territory 公司招聘中 - Ricebowl

Human Resource Assistant (Payroll)

MYR2,000 - MYR2,100 每月

KL City, Federal Territory

分享
保存

工作地点

  • Jalan Burung Geruda Kuala Lumpur Federal Territory Malaysia

职位描述

岗位职责

Kriteria Kelayakan

  • SPM / Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Perniagaan, Perakaunan atau bidang berkaitan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 2–3 tahun pengalaman dalam bidang Payroll dan Human Resource adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai pengetahuan yang baik mengenai Akta Kerja 1955, Akta KWSP, Akta Keselamatan Sosial (SOCSO), Akta Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dan peraturan LHDN berkaitan PCB.
  • Berpengalaman menggunakan sistem Payroll dan HRIS merupakan satu kelebihan.
  • Mahir menggunakan Microsoft Excel formula asas.
  • Teliti, berintegriti serta mampu mengendalikan maklumat sulit dengan penuh kerahsiaan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.
  • Mampu menguruskan tugasan mengikut keutamaan dan menepati tarikh akhir.
  • Boleh bekerja secara berdikari dengan pemantauan yang minimum serta mampu bekerja dalam satu pasukan.

Job Scope

1. Pengurusan Payroll Bulanan

  • Menyediakan dan memproses pembayaran gaji bulanan pekerja mengikut jadual yang ditetapkan serta mematuhi Akta Kerja 1955.
  • Memastikan pembayaran gaji dibuat tepat pada masanya dan semua pengiraan disemak sebelum pembayaran diproses.
  • Mengira dan mengesahkan pembayaran kerja lebih masa (OT), elaun, komisen, tuntutan, potongan gaji dan cuti tanpa gaji.
  • Memastikan semua rekod payroll dikemaskini dengan tepat dan lengkap.

2. Pengurusan Caruman Statutori

  • Menyediakan, menyemak dan menghantar caruman berkanun seperti KWSP, SOCSO, EIS dan PCB/CP39 mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Memastikan semua pembayaran caruman dibuat tepat pada masanya dan mematuhi keperluan pihak berkuasa.
  • Menyimpan rekod caruman bagi tujuan semakan, audit dan rujukan.

3. Pengurusan Kehadiran & Cuti Pekerja

  • Mengurus dan menyelenggara sistem kehadiran pekerja termasuk rekod fingerprint, timesheet dan kehadiran pemandu.
  • Memproses serta merekod permohonan cuti tahunan, cuti sakit (MC), cuti kecemasan, cuti tanpa gaji dan lain-lain cuti yang diluluskan.
  • Memastikan rekod kehadiran dan cuti dikemaskini dengan tepat serta mematuhi polisi syarikat dan undang-undang buruh.

4. Penyediaan Laporan HR

  • Menyediakan laporan bulanan berkaitan sumber manusia seperti headcount, kehadiran, rekod cuti, disiplin pekerja dan kadar turnover.
  • Menyediakan analisis data HR bagi membantu pihak pengurusan membuat keputusan.
  • Mengemukakan laporan kepada HR Director atau COO mengikut jadual yang ditetapkan.

5. Pengurusan Rekod HR

  • Mengemaskini dan menyelenggara fail peribadi pekerja, rekod gaji, senarai pekerja serta maklumat sumber manusia.
  • Memastikan semua rekod HR disusun, difailkan dan disimpan secara sistematik untuk tujuan audit dan rujukan.
  • Menjaga kerahsiaan semua maklumat pekerja mengikut polisi syarikat.

6. Pematuhan Undang-Undang & Audit

  • Memastikan semua proses HR dan payroll mematuhi Akta Kerja 1955, Akta KWSP, Akta Keselamatan Sosial (SOCSO), Akta Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dan peraturan LHDN berkaitan PCB.
  • Memantau sebarang pindaan undang-undang atau peraturan berkaitan HR dan payroll serta memastikan pelaksanaannya di dalam syarikat.
  • Menyediakan dokumen dan maklumat yang diperlukan bagi audit dalaman serta audit luaran.

7. Sokongan Operasi HR

  • Menyediakan surat dan dokumen berkaitan pekerjaan seperti penyata gaji, surat pengesahan pekerjaan, penyata pendapatan dan dokumen HR lain.
  • Memberikan penerangan serta sokongan kepada pekerja berkaitan pertanyaan gaji, cuti, caruman dan manfaat pekerja.
  • Membantu pelaksanaan aktiviti pentadbiran HR dan melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

Pay: RM2,000.00 - RM2,100.00 per month

Work Location: In person

重要安全守则

申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。

了解更多