- Subang Jaya Selangor Malaysia
工作地点
职位描述
岗位职责
Tugas Utama
Bertanggungjawab menguruskan operasi pentadbiran cawangan dengan memastikan semua urusan berkaitan transaksi jualan, pembelian, pengurusan stok, wang tunai, serta dokumentasi syarikat direkod dan diurus dengan tepat. Turut memastikan semua dokumen yang berkaitan disediakan dan dihantar kepada Bahagian Akaun dan Bahagian Sumber Manusia mengikut prosedur dan tempoh yang ditetapkan.
Tugas dan Tanggungjawab
1. Memberikan layanan yang mesra, profesional dan berkualiti kepada semua pelanggan yang berurusan di kaunter.
2. Memastikan penampilan diri sentiasa kemas serta kawasan kerja bersih, teratur dan kondusif.
3. Merekod semua transaksi jualan dan pembelian dengan tepat serta memastikan semua pembayaran diterima dan direkodkan dengan betul.
4. Mengurus dan merekod semua pergerakan stok termasuk pembelian, pemindahan dan penggunaan stok serta memastikan rekod sistem adalah selaras dengan stok fizikal di cawangan.
5. Memastikan paras stok sentiasa mencukupi dan memaklumkan kepada pihak berkaitan sekiranya stok perlu ditambah.
6. Merekod dan mengurus aliran wang tunai harian mengikut prosedur syarikat serta memastikan lebihan wang tunai dibankkan ke akaun syarikat dalam tempoh yang ditetapkan.
7. Menyediakan, menyemak dan memfailkan semua dokumen operasi cawangan untuk dihantar kepada Bahagian Akaun dan Bahagian Sumber Manusia, termasuk laporan jualan mekanik dan laporan-laporan lain secara fizikal atau elektronik.
8. Membantu Supervisor dalam urusan pentadbiran harian termasuk pembelian stok, penyediaan dokumen, komunikasi dengan pelanggan serta tugas-tugas operasi yang berkaitan.
9. Memberikan sokongan kepada mekanik dan kakitangan cawangan bagi memastikan kelancaran operasi harian.
10. Mematuhi semua polisi, prosedur dan garis panduan syarikat yang berkuat kuasa.
11. Bekerjasama dengan semua ahli pasukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, produktiviti dan pencapaian jualan cawangan.
12. Melaksanakan apa-apa tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa mengikut keperluan operasi syarikat.
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per hour
Benefits:
Work Location: In person
重要安全守则
申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。