- Port Klang Selangor Malaysia
工作地点
职位描述
岗位职责
Tugasan Utama
- Mengemas kini, menyemak dan membuat susulan terhadap senarai semak keselamatan harian pemandu dan kenderaan.
- Memantau sistem GPS, tingkah laku pemandu, pergerakan perjalanan dan prestasi pemanduan.
- Membantu dalam siasatan kemalangan, insiden, kesalahan lalu lintas, kejadian nyaris kemalangan (near miss) dan kes-kes berkaitan keselamatan.
- Menyediakan, mengemas kini dan menyelenggara dokumentasi serta laporan keselamatan yang diperlukan di bawah APAD iCOP, OSHA, DOSH (JKKP) dan polisi syarikat.
- Berhubung dan menyelaras dengan pemandu, kakitangan operasi serta jabatan berkaitan mengenai perkara-perkara keselamatan.
- Membantu dalam pelaksanaan induksi pemandu, taklimat keselamatan, toolbox meeting dan program kesedaran keselamatan.
- Menyelenggara rekod lesen memandu, latihan, kompetensi, tindakan disiplin serta dokumen berkaitan keselamatan yang lain.
- Membantu dalam audit dalaman, audit luaran, pemeriksaan dan aktiviti pematuhan peraturan.
- Berurusan dengan agensi kerajaan dan pihak luar berkaitan hal-hal Keselamatan & Kesihatan apabila diperlukan.
- Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am bagi menyokong Jabatan Keselamatan & Kesihatan.
- Memantau rekod pengisian dan penggunaan diesel lori serta mengesahkan transaksi tol bagi mengenal pasti sebarang ketidakselarasan untuk siasatan lanjut.
- Melaksanakan tugas-tugas lain serta tugasan ad hoc yang diarahkan oleh pihak Pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan
- Wanita, berumur di bawah 35 tahun.
- Minimum kelulusan SPM.
- Mempunyai penguasaan yang baik dalam Bahasa Malaysia (lisan dan penulisan).
- Mempunyai kemahiran asas komputer termasuk Microsoft Word, Excel dan Outlook.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
- Proaktif, bertanggungjawab dan mampu bekerja secara berdikari dengan penyeliaan minimum.
- Calon yang mempunyai pengalaman dalam industri haulage, logistik atau pengangkutan adalah amat digalakkan untuk memohon.
Faedah Pekerjaan
- Gaji yang kompetitif
- Elaun Pengangkutan (bergantung kepada jarak perjalanan)
* Bonus Prestasi & Kenaikan Gaji Tahunan (berdasarkan prestasi)
* Latihan serta peluang pembangunan kerjaya
* KWSP, PERKESO & EIS
- Cuti Tahunan & Cuti Sakit
- Bekerja 5 hari seminggu (Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi – 5:30 petang)
- Persekitaran kerja yang mesra dan menyokong
Lokasi Bertugas: Pulau Indah, Selangor.
Pay: RM2,500.00 - RM2,800.00 per month
Benefits:
Work Location: In person
重要安全守则
申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。