BOUTIQUE SALES ASSISTANT
Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Gaji asas RM1,800–RM2,000 + insentif prestasi individu & berkumpulan
Kami mencari individu yang ceria, mesra dan sukakan dunia fesyen untuk menyertai pasukan butik kami. Jika anda yakin bercakap dengan pelanggan, suka membantu pelanggan memilih pakaian dan seronok mencapai sasaran jualan, anda calon yang tepat.
Graduan baharu dialu-alukan. Pengalaman tidak diwajibkan kerana latihan akan disediakan.
Apa yang anda akan lakukan:
- Melayan dan membantu pelanggan di butik
- Membalas pertanyaan serta menutup jualan melalui WhatsApp
- Menjalankan sesi live dan mempromosikan produk
- Memproses pesanan dalam talian
- Membantu mencapai sasaran jualan bulanan
- Mengemas kini rekod pelanggan untuk jualan berulang
- Menyusun stok dan memastikan butik sentiasa kemas
Kami mencari calon yang:
- Ceria, mesra dan yakin berkomunikasi
- Berpenampilan kemas, rajin serta menepati masa
- Berminat dalam jualan, khidmat pelanggan dan fesyen
- Selesa bercakap di hadapan kamera
- Boleh bekerja pada hujung minggu dan cuti umum
- Mempunyai pengalaman jualan adalah satu kelebihan
Apa yang kami tawarkan:
- Gaji asas RM1,800–RM2,000
- Insentif berdasarkan prestasi jualan
- Latihan jualan, produk dan live
- KWSP, PERKESO dan SIP
- Cuti tahunan dan cuti sakit
- Diskaun pembelian staf
- Peluang kenaikan pangkat dan perkembangan kerjaya
- Persekitaran kerja yang positif dan saling menyokong
Waktu bekerja:
- 6 hari seminggu, 1 hari cuti secara bergilir
- Waktu: 10am-7pm
- Rehat: 2 sesi [sesi 1: 1 Jam, sesi 2: 30 min]
Apply Now!
Job Types: Full-time, Fresh graduate
Pay: RM1,800.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
- Opportunities for promotion
- Professional development
Application Question(s):
- Adakah anda selesa membuat sesi live dan bercakap di hadapan kamera untuk mempromosikan produk? Jawapan: Ya / Tidak / Bersedia untuk belajar
- Ceritakan secara ringkas bagaimana anda akan membantu pelanggan yang berminat tetapi masih ragu-ragu untuk membeli.
Jawapan: Respons bertulis
- Adakah anda bersedia bekerja 6 hari seminggu, termasuk hujung minggu dan cuti umum secara bergilir?
Jawapan: Ya / Tidak
- Berapa tahunkah pengalaman anda dalam bidang jualan, butik, retail atau khidmat pelanggan?
Jawapan: Tiada pengalaman / Kurang 1 tahun / 1–2 tahun / Lebih 2 tahun
- Bilakah anda boleh mula bekerja?
Jawapan: Serta-merta / Dalam 1 minggu / Dalam 2 minggu / Memerlukan notis 1 bulan
Work Location: In person