Gaji: RM2,000 – RM3,500 sebulan
Tanggungjawab Utama
- Mengendalikan dan merekod transaksi kewangan harian syarikat dengan tepat dan teratur.
- Menyediakan, menyemak dan memproses dokumen kewangan seperti invois, baucar pembayaran, debit note, credit note, penyata akaun (SOA) dan dokumen berkaitan.
- Mengurus dan memastikan rekod Akaun Belum Terima (Accounts Receivable) serta Akaun Belum Bayar (Accounts Payable) sentiasa dikemaskini.
- Membuat pemantauan dan susulan pembayaran pelanggan serta memastikan rekod kutipan bayaran adalah tepat.
- Menyediakan dan menyemak rekonsiliasi bank (Bank Reconciliation).
- Mengemaskini transaksi kewangan ke dalam sistem perakaunan syarikat.
- Menyediakan laporan kewangan mingguan dan bulanan untuk semakan pihak atasan.
- Membantu dalam penyediaan dokumen audit, cukai dan laporan kewangan apabila diperlukan.
- Menguruskan filing dokumen kewangan secara sistematik untuk memastikan rekod mudah dirujuk.
- Menyediakan penyata akaun (SOA) dan membantu menyelesaikan pertanyaan berkaitan akaun daripada pelanggan dan pembekal.
- Berurusan dengan pelanggan, pembekal, pihak bank dan auditor berkaitan urusan akaun apabila diperlukan.
- Membantu mengenalpasti dan menyelesaikan isu berkaitan transaksi, pembayaran, invois dan rekod akaun.
- Memastikan semua tugasan akaun dilaksanakan mengikut polisi dan prosedur syarikat.
- Menyediakan laporan berkaitan akaun kepada Superior / pihak Pengurusan.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Superior dari semasa ke semasa.
Kelayakan
- Diploma / Ijazah dalam Perakaunan, Kewangan atau bidang berkaitan.
- Calon tanpa pengalaman digalakkan memohon untuk jawatan Junior Account.
- Calon berpengalaman akan dipertimbangkan untuk jawatan Account Assistant.
- Mempunyai pengetahuan dalam Accounts Receivable (AR), Accounts Payable (AP) dan proses perakaunan harian.
- Mahir menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft Office.
- Pengalaman menggunakan sistem perakaunan seperti ECOUNT, AutoCount atau sistem berkaitan adalah satu kelebihan.
- Teliti, bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran pengurusan masa yang baik.
- Mampu bekerja secara berdikari serta dalam pasukan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.
Lokasi Kerja: Klang, Selangor
(Block 18, Ground Floor, 18, Empire Gallery, Jalan Empire, 4, Jalan Empayar, Kawasan 17, 41050 Klang, Selangor)
Jawatan Ditawarkan:
- Account Assistant
- Junior Account
Kami sedang mencari calon yang berminat untuk menyertai pasukan kami di Klang. Calon yang mempunyai pengalaman akan dipertimbangkan untuk jawatan Account Assistant, manakala calon dengan pengalaman kurang atau fresh graduate juga dialu-alukan untuk memohon jawatan Junior Account.
Pay: RM2,000.00 - RM3,500.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Maternity leave
Work Location: In person