- Jalan Banting-Semenyih Kajang Selangor Malaysia
Working Location
Job Description
Responsibilities
Membantu menyediakan cadangan dan perancangan acara mengikut keperluan pelanggan.
Menyediakan timeline, checklist dan jadual pelaksanaan projek.
Berhubung dengan pelanggan bagi memahami keperluan dan objektif acara.
Menyelaras serta berurusan dengan vendor, pembekal dan kontraktor bagi memastikan semua keperluan acara dipenuhi.
Memastikan tempahan lokasi, peralatan dan keperluan logistik disediakan mengikut jadual yang ditetapkan.
Menyelia proses pemasangan (setup) dan pembukaan (dismantle) di lokasi acara.
Memastikan semua peralatan dan kemudahan acara berada dalam keadaan baik serta berfungsi dengan sempurna.
Menyelesaikan sebarang isu atau masalah yang timbul sebelum, semasa dan selepas acara.
Memastikan perjalanan acara berjalan lancar mengikut atur cara yang telah diluluskan.
Menyelaras tugasan kru teknikal, tenaga kerja dan pasukan operasi sepanjang projek berlangsung.
Memastikan semua kru mematuhi prosedur operasi standard (SOP) syarikat serta peraturan keselamatan di lokasi acara.
Menyediakan laporan kemajuan projek kepada pihak pengurusan.
Menyediakan Post Event Report yang merangkumi penilaian pelaksanaan, isu yang dihadapi dan cadangan penambahbaikan.
Bertindak sebagai pegawai penghubung utama antara pelanggan, vendor dan pasukan operasi sepanjang projek.
Mengendalikan sebarang aduan, permintaan atau perubahan daripada pelanggan dengan profesional dan segera.
Menghadiri site visit, mesyuarat bersama pelanggan, vendor atau pihak berkaitan apabila diperlukan.
Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Job Requirements
Diploma atau Ijazah dalam Event Management, Mass Communication, Business Administration atau bidang berkaitan.
Minimum 1–2 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan acara. (Fresh Graduate yang berminat dan berpotensi juga digalakkan memohon.)
Mempunyai kemahiran komunikasi, perundingan dan penyelesaian masalah yang baik.
Berkebolehan mengurus beberapa projek serentak serta bekerja di bawah tekanan dengan pengurusan masa yang efektif.
Bersedia bekerja pada hujung minggu, cuti umum dan di luar waktu pejabat apabila diperlukan mengikut jadual acara.
Mahir menggunakan Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint).
Mempunyai lesen memandu Kelas D dan kenderaan sendiri adalah satu kelebihan.
Mempunyai sikap proaktif, bertanggungjawab, teliti serta mampu bekerja secara individu dan berpasukan.
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
Work Location: In person
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.