Syarikat kami merupakan sebuah syarikat kontraktor dan mempunyai beberapa kekosongan jawatan yang perlu diisi segera.
1) PENGURUS OPERASI / PEN.PENGURUS OPERASI
Skop Kerja:
1)Merancang jadual pelaksanaan projek (CPM).
2)Mengurus bajet dan kos projek.
3)Menyelaras kerja kontraktor, subkontraktor dan pembekal.
4)Memastikan kerja mengikut spesifikasi, lukisan dan kontrak.
5)Memantau kemajuan projek mengikut jadual.
6)Memastikan pematuhan kepada standard kualiti dan keselamatan (HSE).
7)Mengurus tenaga kerja, bahan dan peralatan di tapak.
8)Berhubung dengan pelanggan, perunding dan pihak berkuasa.
9)Mengenal pasti serta mengurus risiko dan isu projek.
10)Menghadiri site meeting dengan pelanggan
11)Menyediakan laporan kemajuan projek kepada pihak pengurusan/pelanggan.
12)Memastikan projek siap mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan.
13)Menyediakan surat berkaitan kerja kepada pelanggan
14)Membuat tuntutan kerja (claim) projek
15)Mengurus proses penyerahan projek (handing over) dan penutupan projek.
16)Menjalankan tugas selain yang dinyatakan di atas dari masa ke semasa atas arahan pengurus.
Syarat lain:
a)Lokasi kerja di Bandar Baru Bangi
b)Degree/Diploma dalam Kejuruteraan Awam/Mekanikal
c)Mempunyai kenderaan sendiri
d)Gaji ditawarkan adalah RM2,500- RM 3,000 bergantung pada pengalaman
e)Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum