- Shah Alam Selangor Malaysia
工作地点
职位描述
岗位职责
Kami mencari seorang Office Boy cum Driver yang bertanggungjawab, proaktif, dan berkebolehan multi-tasking. Peranan ini merangkumi tugas penghantaran dan pengambilan dokumen/barang syarikat, pemanduan selamat, serta membantu pengurusan pejabat harian dan projek-projek khas dari semasa ke semasa.company activities.
Tanggungjawab Utama (Key Responsibilities) JD
-Menghantar dan mengambil dokumen atau barangan syarikat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
-Memastikan dokumen dihantar ke bank, pejabat kerajaan, atau pelanggan mengikut garis masa yang dirancang.
-Memastikan setiap dokumen yang dihantar/diterima telah ditandatangani dan dicap (stamped) dengan betul semasa penghantaran.
-Memastikan semua barang/dokumen sampai ke destinasi dalam keadaan selamat, lengkap, dan baik.
-Merancang laluan harian secara bijak untuk memastikan laluan serahan yang paling cekap dan menjimatkan masa.
-Memandu kenderaan syarikat dengan berhati-hati serta mematuhi semua undang-undang jalan raya dan peraturan syarikat.
-Memastikan kenderaan syarikat sentiasa bersih dan dijaga dengan baik melalui basuhan harian/mingguan dan penyelenggaraan berkala.
-Sentiasa peka dan memaklumkan pihak pengurusan dengan kadar segera mengenai tarikh luput roadtax (cukai jalan) serta masa servis kenderaan.
-Menyerahkan semula kunci kenderaan kepada pejabat setiap hari selepas selesai waktu kerja.
-Melaporkan sebarang kemalangan, kecederaan, atau kerosakan kenderaan kepada pihak pengurusan dengan serta-merta.
-Membantu pihak pengurusan dalam kerja-kerja penyelenggaraan asas bangunan pejabat dan peralatan pejabat.
-Membantu tugas-tugas khas berkaitan projek (project-based work) atau apa-apa tugasan sampingan yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
-Mempunyai lesen memandu yang sah (B2/D/GDL mengikut kesesuaian kenderaan syarikat) dan rekod pemanduan yang bersih.
-Boleh melakukan pelbagai tugas pejabat dan penghantaran dalam satu masa dengan cekap.
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
Work Location: In person
重要安全守则
申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。