Job Description – Team Leader Kitchen
Ringkasan Peranan
Bertanggungjawab memimpin operasi harian dapur, memastikan penyediaan makanan berkualiti tinggi, mematuhi standard keselamatan makanan serta menghasilkan menu yang kreatif dan menarik bagi memenuhi citarasa pelanggan dan menyokong pertumbuhan jualan.
Tanggungjawab Utama
- Menyelia operasi harian dapur bagi memastikan kelancaran penyediaan makanan mengikut SOP syarikat.
- Menyediakan dan memasak makanan mengikut resipi serta memastikan kualiti, rasa dan persembahan makanan sentiasa konsisten.
- Membangunkan idea menu baharu, memperbaiki resipi sedia ada dan menghasilkan promosi makanan yang kreatif mengikut trend pasaran.
- Memastikan penggunaan bahan mentah secara optimum bagi mengurangkan pembaziran dan mengawal kos makanan.
- Memantau inventori, membuat pesanan stok serta memastikan penyimpanan bahan mentah mengikut kaedah FIFO/FEFO.
- Melatih, membimbing dan memantau prestasi ahli pasukan dapur.
- Memastikan kebersihan dapur, peralatan dan kawasan kerja sentiasa mematuhi standard Food Safety dan HACCP.
- Menyelesaikan isu operasi harian dan bekerjasama dengan pihak pengurusan bagi meningkatkan kecekapan operasi serta jualan.
Kelayakan
- Minimum SPM; Sijil atau Diploma dalam Seni Kulinari, Pengurusan Hotel, F&B atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
- Minimum 3 tahun pengalaman dalam operasi dapur, dengan sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman sebagai Team Leader atau Supervisor Kitchen.
- Mahir memasak pelbagai jenis hidangan dan mempunyai pengetahuan yang baik mengenai teknik penyediaan makanan.
- Kreatif dalam menghasilkan menu baharu, resipi dan inovasi produk mengikut trend semasa.
- Mempunyai pengetahuan mengenai kawalan kos makanan, pengurusan stok dan keselamatan makanan.
- Bersedia bekerja mengikut syif, hujung minggu dan cuti umum.
Job Type: Full-time
Pay: RM2,500.00 - RM3,500.00 per month
Benefits:
- Health insurance
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Parental leave
Work Location: In person