Tanggungjawab Utama
- Membantu dalam penyediaan bahan mentah mengikut resipi dan arahan yang diberikan.
- Menimbang, mengukur dan menyediakan bahan-bahan sebelum proses penghasilan produk.
- Membantu menghasilkan pelbagai produk bakery dan pastry mengikut Standard Operating Procedure (SOP).
- Mengendalikan mesin dan peralatan bakery dengan betul serta selamat.
- Menyediakan inti, krim, topping dan bahan sokongan untuk pengeluaran.
- Membantu proses membakar, menyejukkan dan menyusun produk siap.
- Membantu dalam proses menghias produk mengikut standard syarikat (jika diperlukan).
- Melaksanakan proses pembungkusan, pelabelan dan penyimpanan produk dengan kemas.
- Memastikan semua produk memenuhi standard kualiti sebelum dihantar atau dipamerkan.
- Mengamalkan sistem First In First Out (FIFO) semasa penggunaan dan penyimpanan bahan mentah.
- Memastikan stok bahan mentah dan bahan pembungkusan sentiasa mencukupi serta memaklumkan kepada penyelia sekiranya stok hampir habis.
- Menjaga kebersihan kawasan kerja, peralatan dan mesin sebelum, semasa dan selepas operasi.
- Mematuhi semua prosedur keselamatan makanan, kebersihan diri dan peraturan syarikat.
- Membantu dalam penyediaan tempahan khas, tempahan pukal atau persiapan untuk acara apabila diperlukan.
- Melaksanakan tugasan pembukaan (opening) dan penutupan (closing) kawasan produksi mengikut checklist.
- Membantu proses kiraan stok (stock count) apabila dijadualkan.
- Bekerjasama dengan semua jabatan bagi memastikan operasi berjalan lancar.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh Ketua Baker, Pastry Chef atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Keperluan Jawatan
- Minimum Diploma dalam Bakery & Pastry, Culinary Arts, Food Service atau bidang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang bakery, pastry atau F&B adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengetahuan asas mengenai teknik pembuatan roti, pastri dan pengendalian makanan.
- Mampu bekerja dalam persekitaran yang pantas (fast-paced environment).
- Mampu bekerja secara berdikari serta dalam satu pasukan.
- Mempunyai sikap positif, berdisiplin, bertanggungjawab dan bersedia untuk belajar.
- Mampu berdiri dalam tempoh yang lama serta mengendalikan kerja-kerja fizikal.
- Bersedia bekerja mengikut jadual syif, hujung minggu dan cuti umum jika diperlukan.
- Mempunyai Sijil Pengendalian Makanan dan Suntikan Typhoid yang masih sah atau bersedia mendapatkannya sebelum memulakan tugas.
Pay: RM1,700.00 - RM1,900.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Free parking
- Opportunities for promotion
- Professional development
Application Question(s):
- Ada pengalaman kerja dalam bakery/pastry industry?
Work Location: On the road