BAHAGIAN PEMBUNGKUSAN
Lokasi: Arif Corporation Sdn Bhd No. 42 Jalan Pengasah 15/13, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
Call: *************, Whatsapp: *************
Syarat Kelayakan
• Warganegara Malaysia
• Berumur antara 18 hingga 35 tahun
• Mempunyai kenderaan sendiri (motor/kereta) untuk ke tempat kerja
• Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja fizikal ringan hingga sederhana
• Rajin, berdisiplin dan mempunyai sikap kerja yang positif
• Menepati masa dan mempunyai kehadiran kerja yang baik
• Patuh kepada arahan penyelia dan prosedur kerja yang ditetapkan
• Boleh bekerja secara individu serta dalam Kumpulan
• Mampu bekerja dalam persekitaran yang pantas
• Bersedia untuk kerja lebih masa (overtime) sekiranya diperlukan
• Tidak memerlukan sebarang kelulusan atau sijil pendidikan.
Bidang Tugas
• Melaksanakan kerja pembungkusan mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ditetapkan
• Menyusun kotak mengikut kuantiti yang diperlukan
• Membungkus kotak dengan kemas, selamat dan mengikut garis panduan Syarikat
• Memastikan label serta maklumat pada kotak adalah tepat sebelum pembungkusan
• Memeriksa kotak bagi memastikan tiada kerosakan atau kecacatan sebelum dihantar
• Memastikan bahan pembungkusan seperti kotak, plastik dan pelekat sentiasa mencukupi
• Menggunakan bahan pembungkusan secara efisien bagi mengelakkan pembaziran
• Menyusun barangan siap di kawasan yang ditetapkan dengan teratur dan selamat
• Membantu dalam proses pemuatan dan pemunggahan barangan apabila diperlukan
• Menjaga kebersihan dan kekemasan kawasan kerja sepanjang masa
• Mematuhi semua peraturan serta prosedur keselamatan di tempat kerja
• Memastikan semua tugasan disiapkan mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan oleh pihak syarikat
• Melaporkan sebarang masalah atau kerosakan kepada penyelia dengan segera